Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JAS Pantau Rapi Kualiti...

KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang memantau dengan rapi status serta trend...

Remaja Ini Dilabel Sebagai...

Pemilik laman Instagram "@_syzna", gadis remaja berusia 18 tahun menjadi viral menerusi laman...

4 Maut Pesawat Terhempas...

GENEVA - Empat orang terkorban selepas sebuah pesawat ringan terhempas di puncak glasier...

Sultan Selangor Zahir Takziah...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan takziah kepada keluarga...

Remaja Ditahan Kerana Buat Laporan Palsu

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki ditahan polis kerana membuat laporan palsu kononnya dia disamun dua lelaki tidak dikenali ketika berjalan kaki di sebuah jejantas di Senai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt. Razak Md Said berkata remaja berusia 17 tahun itu membuat dakwaan tersebut semasa membuat laporan di Balai Polis Senai pada pukul 10.19 malam.

Beliau berkata hasil siasatan, polis mendapati kejadian samun itu tidak berlaku, sebaliknya pengadu membuat laporan palsu setelah mendapati dompetnya yang mengandungi kad pengenalan diri telah tercicir.

“Dia bertindak membuat laporan palsu untuk mengelak daripada didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Remaja itu, katanya, mengaku membuat laporan palsu dan kini ditahan reman selama sehari sehingga esok.


Beliau berkata remaja itu akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Razak berkata sepanjang tahun 2016, sebanyak 42 laporan palsu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan daripada jumlah tersebut, 36 kes telah dituduh di mahkamah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori