Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Akuan Tentang Rasuah Langkah...

MELAKA : Tindakan semua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan...

Wabak Campak Meningkat 3...

KUALA LUMPUR - Wabak Measles atau campak meningkat tiga kali ganda di seluruh...

Pasport Jepun ‘Berkuasa’ Di...

PINTAS... Pasport Singapura tidak lagi diiktiraf sebagai paling 'berkuasa' di dunia apabila tempat...

Berbaju Batik Rai Hari...

UNIK... Lazimnya semua menteri, timbalannya serta ahli parlimen Singapura memakai kemeja dan seluar...

Remaja Lemas Tergelincir Ke Sungai Kelantan

TUMPAT – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dikatakan tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Laut, di sini petang ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Bomba Kanan Ayub Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan remaja itu, Wan Rostam Danaeil Wan Roszan pada pukul 5.34 petang.

“Operasi mencari masih dijalankan walaupun menghadapi keadaan cuaca kurang baik serta arus sungai yang deras,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bapa remaja itu, Wan Roszan Wan Abd Majid, 47, berkata anaknya dikatakan bermain di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan sebelum tergelincir ke dalam sungai lalu dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata penduduk kampung yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada isterinya yang mengusahakan gerai menjual pisang goreng berdekatan kawasan berkenaan.


Mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

“Saya harap usaha mencari yang dijalankan pihak berkuasa akan berhasil,” katanya di lokasi kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori