Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemergian Sanusi Kehilangan Besar...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan...

69 Ditahan Hari Pertama...

KUALA LUMPUR - Seramai 69 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan...

Putus Bukan Sebab Hantaran,...

PELBAGAI andaian telah dibuat oleh netizen ekoran kisah putus tunang antara penyanyi Sufian...

Harga Minyak Tidak Turun...

HARGA minyak semasa sepatutnya lebih rendah sesuai dengan harga minyak dunia, dan pemimpin...

Remaja Makan Daging Budak Dan Minum Darah

SEORANG remaja berusia 16 tahun telah mengejutkan penduduk di Ludhiana, India, selepas membunuh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan kemudian memakan sebahagian paha serta minum darah kanak-kanak berkenaan.

Vikesh Kumar , 16, yang mengaku membunuh kanak-kanak itu dilaporkan menggemari daging mentah serta terpengaruh dengan rancangan jenayah yang disiarkan di televisyen.

Pada hari kejadian, Vikesh telah memujuk mangsa, dikenali sebagai Deepu kononnya untuk bermain layang-layang.

Namun dia telah mencekik Deepu dan kemudian memotong badannya kepada enam bahagian sebelum membasuhnya dan memasukkannya ke dalam karung.

Kejadian itu berlaku hanya 50 ela dari rumah Deepu.

Menurut polis, ketika disoal siasat, remaja terbabit berkelakuan normal, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Vikesh memberitahu dia teruja dengan rancangan televisyen mengenai kejadian jenayah sebenar. Dia pernah memberitahu ibu bapanya bahawa kadang kala dia rasa seperti mahu makan diri sendiri,’’ kata polis.


Vikesh dan Deepu berasal dari keluarga miskin yang berhijrah dari Uttar Pradesh. Meskipun Vikesh dihantar ke sekolah namun dia selalu ponteng dan berkeliaran di jalan.

Sementara itu, bapa Deepu, Dalip menggesa supaya Vikesh dibicarakan seperti orang dewasa.

“Dia memotong anak saya. Saya mahukan keadilan. Jika polis tidak boleh menghukumnya, serahkan sahaja dia kepada kami.

“Isteri saya kini dalam keadaan terkejut. Saya tidak beritahu dia bagaimana anak saya dibunuh kerana saya bimbang dia akan mati kalau dia tahu kekejaman yang berlaku kepada Deepu,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori