Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Aliff Aziz Seru Agar...

APA nak jadi dengan dunia sekarang ni kan? Hmm... apa boleh buat, dah...

Danajamin Sediakan Jaminan Sukuk...

KUALA LUMPUR - Syarikat penginsurans jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd, menjamin kemudahan peningkatan...

58 Mangsa Dipindahkan Ke...

ALOR SETAR - Seramai 58 mangsa dari 19 keluarga di Kampung Lapangan Terbang...

GST Bantu Jamin Masa...

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak  lagi sesuai untuk ekonomi...

Banjir: RM100,000 Bantu Mangsa Di Kelantan Terkepung

MACHANG – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM100,000 untuk membantu 1,500 keluarga mangsa banjir yang terperangkap di Machang, awal bulan ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bantuan itu melibatkan penduduk Kampung Kuala Hau, Ladang Kuala Hau, Kampung Sungai Bedal, Kampung Bukit Besi, Kampung Lepan Peringat, Kampung Limau Nipis, Kampung Bucit dan Taman Sri Amal.

“Mereka menerima bekalan makanan bernilai kira-kira RM65 dengan sebilangan besar penerima adalah penoreh getah yang tidak dapat keluar dari kampung masing-masing berikutan jalan ditenggelami air selama empat hari,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di Kampung Kuala Hau di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Kerilla Barat, Mat Adnan Deraman berkata, sepanjang tempoh itu kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan kekurangan bekalan makanan kerana tidak dapat ke Machang dan Tanah Merah.


Selain itu, penduduk juga kehilangan mata pencarian kerana tidak boleh ke kebun dan ladang untuk menoreh getah, kata beliau. – BERNAMA

Kategori