Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PPR Lembah Subang 1:...

TANJONG KARANG - Tindakan kerajaan Selangor menuntut bayaran RM50.2 juta ketika rundingan pengambilalihan...

Najib Seloroh Konon Bakal...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak...

Alumni UIAM Sekat Netizen...

DENDAM... Tidak sampai 24 jam pengesahan pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti...

Bayi Dibawa Dengan Helikopter...

TAWAU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini melakukan perkhidmatan...

Rohingya: Kemelut Kaum Tanpa Identiti

MUHAMMAD Ghaffur adalah seorang kaum Rohingya yang telah tinggal selama 20 tahun di Malaysia. Suatu hari dia membawa isterinya yang sedang sarat mengandung ke hospital untuk mendapatkan rawatan bersalin.

Namun pihak hospital enggan mendaftarkan isterinya. Ini kerana isteri Ghaffur tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Meskipun Ghaffur mempunyai kad UNHCR namun pihak hospital masih enggan untuk mendaftarkan isterinya. Akibatnya Ghaffur terpaksa membawa isterinya balik ke rumah.

Malangnya belum sempat keluar dari kawasan hospital, isterinya telah meraung kesakitan kerana hendak beranak. Akhirnya isterinya melahirkan anak di tepi longkang dalam kawasan hospital, lantaran tidak sempat di bawa semula ke dalam hospital.

Bagi rakyat tempatan, insiden ini bagaikan kisah cerpen fiksyen, tetapi bagi pelarian Rohingya ia adalah mimpi ngeri yang terpaksa mereka hadapi.

Rohingya: Kemelut Kaum Tanpa Identiti

Sekiranya seorang rakyat tempatan, keluar rumah tanpa kad pengenalan My.Kad ia adalah sesuatu yang mencemaskan.

Tetapi bayangkanlah kalau seorang pelarian Rohingya yang terpaksa mengharungi kehidupan setiap hari tanpa kad pengenalan bagaimana? Ia mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko. Risiko dianiaya, risiko di nafikan hak untuk mendapatkan perkhidmatan dan sudah tentu risiko ditangkap.

Satu-satunya dokumen pengenalan diri yang amat bermakna bagi mereka ialah kad UNHCR. Di Malaysia terdapat 56,000 pelarian Rohingya yang diberikan kad UNHCR ini.

Manakala mereka yang tidak mempunyai kad ini tidak dapat diketahui jumlah sebenarnya. Yang pastinya di Malaysia terdapat lebih dari 60,000 pelarian Rohingya sekiranya diambil kira mereka yang tidak didaftarkan.

Tanpa kad pengenalan UNHCR, mereka adalah insan tanpa warganegara dan tanpa identiti. Ia merendahkan martabat mereka sebagai manusia yang merdeka.

Sehubungan itu Asean Rohingya Center (ARC) akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan agar mereka di berikan satu dokumen pengenalan diri yang mengesahkan bahawa mereka adalah pelarian Rohingya.

Terpulanglah kepada kerajaan untuk menggunakan mekanisme yang bagaimana, pokoknya mereka harus mempunyai satu dokumen yang rasmi agar mereka diiktiraf sebagai seorang insan yang merdeka. Tanpa dokumen diri maka mereka bagaikan hamba yang tidak bertuan, tidak bernegara dan sudah tentu terdedah kepada pelbagai bahaya.


Rohingya: Kemelut Kaum Tanpa Identiti

Cadangan Kerajaan Malaysia untuk memberikan mereka permit kerja adalah satu langkah yang baik, khususnya mampu menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembuatan kolar biru yang kini rata-ratanya dipelopori oleh pekerja asing.

Namun bagaimana pula mereka yang tidak mendapat kerja? Mereka tidak mempunyai permit. Bagaimana dengan wanita yang menjadi suri rumah dan kanak-kanak yang sudah pasti tidak mendapat permit kerja.

Justeru itu ARC berpendapat bahawa satu dokumen diri untuk pelarian Rohingya perlu di berikan kepada semua umat Rohingya di negara ini agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan aman dan tenang dan terhindar dari bahaya.

Pengalaman yang di hadapi oleh Ghafur adalah suatu yang lumrah yang dihadapi oleh semua umat Rohingya di Malaysia. Inilah perkara utama yang mereka ajukan kepada ARC ketika menghadiri road tour ke seluruh negara anjuran ARC dengan kerjasama Majlis Muafakat Rohingya.

Kita mampu mendengar tetapi kita juga beriltizam untuk menanganinya. ARC akan menganjurkan sebuah MAKMAL KEMANUSIAAN ROHINGYA. Perkara dokumen identititi diri Rohingya pastinya akan kami letakkan sebagai agenda utama dalam makmal ini.

Dengan adanya dokumen identiti diri, maka mereka boleh tidur lena di rumah atas tilam yang empok dan sekaligus melupakan lirik tidur lena mu di sisi mayat buat seketika.

Dr. Helmi Ibrahim
Pengarah Eksekutif,
Asean Rohingya Center (ARC)

Kategori