Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Warisan Bakal...

JOHOR BAHRU : Parti Warisan hari ini mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan...

Mischa Barton Saman Ibu...

PELAKON Mischa Barton menyaman ibunya sendiri, Nuala Barton atas dakwaan ibunya mencuri wang...

Loya, Muntah, Saharul Alami...

"ALHAMDULILLAH keadaan isteri dan anak dalam kandungannya sihat. Namun saya sendiri kadang-kadang terasa...

Nazmi Faiz Digantung 6...

SINGAPURA - Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor...

Ronaldo, Ranieri Raih Anugerah Terbaik FIFA 2016

ZURICH – Cristiano Ronaldo menyimpulkan 2016 sebagai tahun terbaik sepanjang kariernya sejurus merangkul anugerah berprestij Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini, semalam.

Ia menjadi habuan terbaru dan hari yang cukup sempurna buat penyerang bintang Real Madrid dan Portugal itu selepas mengharungi musim penuh gemilang pada tahun lalu.

Ronaldo mengetepikan pesaing utamanya, Lionel Messi selain penyerang Perancis, Antoine Griezmann bagi anugerah utama terbabit, sekali gus menambah koleksi gelaran yang dimenanginya termasuk anugerah Ballon d’Or.

Kejayaan Ronaldo dibantu kecemerlangannya ketika membantu Real dan Portugal menjulang dua gelaran utama tahun lalu – Liga Juara-Juara dan Kejuaraan Eropah.

“Tahun 2016 adalah yang terbaik sepanjang karier saya,” kata Ronaldo selepas dianugerahkan gelaran utama itu daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Gelaran utama lain iaitu Jurulatih Terbaik Dunia menjadi milik bos Leicester City, Claudio Ranieri, 65, yang mengatasi jurulatih Real, Zinedine Zidane dan pengurus Portugal, Fernando Santos.

Pengurus yang membimbing Leicester mencipta kejayaan yang disifatkan ‘dongeng’ dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun lalu menggambarkan kejayaan itu sebagai ‘menakjubkan’.


Dia menerima trofi anugerah terbabit daripada legenda Argentina, Diego Maradona.

Pemenang dipilih menerusi proses variasi kombinasi undian membabitkan kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan, kumpulan wartawan terpilih dan peminat-peminat.

Ronaldo menerima 34.5 peratus undi berbanding 26.4 peratus oleh Messi yang tahun lalu membantu Barcelona menjulang gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Bintang Argentina itu ketika ini sedang fokus bagi perlawanan La Liga berikutnya menentang Athletic Bilbao selepas Barca ketika ini tampak bergelut dengan prestasi. – AFP

Kategori