Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SUPP Sudah Sedia Rampas...

KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini berada di tahap terbaik untuk...

Kerjasama Dengan UMNO, Terserah...

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk membuat keputusan...

Dana KWAN Untuk Beli...

ALOR SETAR - Dana dari Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan (KWAN) dibelanjakan untuk membeli...

DAP Bolot Barisan Pakatan...

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan  Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri ini yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan...

Rumah Awam Terengganu Perlu Diserah Akhir Bulan

KUALA TERENGGANU – Semua Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) yang sudah siap dibina di negeri ini mesti diserah kepada pemohon yang layak selewat-lewatnya 31 Januari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Terengganu, Datuk Mohd. Jidin Shafee.

Beliau berkata penyerahan rumah tidak boleh ditangguh bagi mengelakkan kerosakan yang akhirnya akan merugikan kerajaan negeri kerana perlu mengeluarkan peruntukan membaiki rumah terbabit.

“Apa kita nak tunggu lagi sedangkan rumah-rumah itu sudah siap dibina. Kalau kita lambat bagi nanti rumah itu akan rosak dan perlu dibaiki semula dan ini merugikan.

“Setakat ini ada kira-kira 50 peratus rumah yang sudah siap, tetapi masih belum diagihkan manakala sebahagiannya telah diberikan kepada pemohon yang layak di seluruh negeri itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Mohd Jidin berkata kerajaan negeri sedang meneliti perumahan terbengkalai di Terengganu termasuk projek rumah pangsa di Pulau Perhentian.


“Buat masa ini kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu meneruskan projek itu atau menghentikannya dan buat projek baharu selepas mengkaji keadaan muka bumi di situ bagi memastikan projek tidak merugikan kontraktor, rakyat dan kerajaan negeri,” katanya.

Projek itu melibatkan pembinaan empat blok bangunan yang menempatkan 200 unit kediaman untuk penduduk Pulau Perhentian yang masih belum memiliki rumah sendiri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori