Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sayunya… 2 Anak Kecil...

KULAI - Seorang guru wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui meninggal...

Alkisah ‘Datin Tapau’ Di...

KISAH tetamu membungkus makanan atau 'tapau' selepas menghadiri jamuan sememangnya sudah jadi kebiasaan, malah...

Siasatan Kes Video Intim...

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat kes membabitkan video intim melibatkan bekas Ketua...

Orang Ramai Diseru Sertai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyeru orang ramai...

Running Man Diteruskan, Rakam Musim Baharu

BERITA baik buat peminat-peminat program realiti game show Korea, Running Man kerana rancangan itu akan diteruskan dan turut melakukan penggambaran musim baharu.

Menurut Naib Presiden SBS, Nam Seung Yong, keenam-enam anggota asal program itu juga akan dikekalkan untuk musim baharu itu iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, HaHa, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.

Pengumuman pembubaran rancangan itu pada penghujung tahun lalu menyebabkan peminat-peminat program tersebut mendesak penerbit rancangan itu untuk memikirkan semula keputusan itu.

Running Man Diteruskan, Rakam Musim Baharu

Running Man Diteruskan, Rakam Musim Baharu

“Walaupun kami sudah mengumumkan pembubaran Running Man pada Disember lalu tetapi ada desakan daripada peminat yang membuatkan pihak produksi mempertimbangkan semula keputusan tersebut.”

Pun begitu, Yong menerusi kenyataan yang dikeluarkan memberitahu tidak mudah untuk mengekalkan kesemua anggota rancangan tersebut memandangkan masing-masing mempunyai komitmen lain.


“Tetapi tidak mudah untuk mereka kekal bersama Running Man memandangkan setiap anggotanya mempunyai komitmen. Terima kasih kepada yang tidak jemu menyokong kami sejak tujuh tahun lalu,” katanya.

Pihak SBS juga mengumumkan bahawa Running Man akan mengadakan lawatan ke seluruh Asia sehingga Mac 2017.

Malah bekas anggota program itu Gary dikatakan bakal muncul menerusi satu episod khas untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan ‘seperjuangan’ serta peminat-peminatnya sepanjang menyertai Running Man. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Koreaboo

Kategori