Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cadang Guna Dron Untuk...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menimbang cadangan menggunakan...

Bantuan Keagamaan DAP Berkonsep...

KUALA LUMPUR - Bantuan aktiviti keagamaan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada umat...

Kementerian Komunikasi Wujud ‘Speaker’s...

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mewujudkan 'Speaker's Corner' buat julung kalinya...

Germanwings: Co-Pilot Beli Dua...

PEMBANTU juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz dikatakan telah membeli dua kereta Audi bagi kegunaan...

Sabah Manfaatkan Persamaan Dengan China

KOTA KINABALU – Sabah berharap untuk terus memanfaatkan persamaan yang dikongsi dengan China ke arah kemakmuran yang lebih meluas bagi kedua-dua wilayah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata dengan pembangunan lebih pesat yang terus dikecapi negeri ini pada masa depan, lebih banyak kerjasama dalam pelbagai bidang boleh diharapkan yang dipermudahkan menerusi Konsulat Jeneral China di sini.

“Kerajaan Sabah akan terus memberi sokongan kepada daya usaha baharu di mana mungkin.

“Saya percaya hubungan antara China dan Malaysia, khususnya antara wilayah yang berbeza di China dan Sabah, akan terus berkembang dalam tahun-tahun mendatang,” katanya pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina di Konsulat Jeneral China di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata selama 43 tahun terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China, kedua-dua negara terus mengekalkan hubungan baik melalui pelbagai usaha dan meletakkan keutamaan yang sama dalam mengekalkan keamanan, keharmonian serta pembangunan.

“Ini membolehkan Malaysia dan China bekerjasama dalam pelbagai bidang, mewujudkan teladan yang baik dari segi kerjasama mesra yang saling memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.


Ketua menteri turut gembira dengan usaha Konsulat Jeneral dalam memperkukuhkan hubungan dengan Sabah melalui kerjasama pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan perdagangan.

Konsulat Jeneral bukan sahaja memberi bantuan kepada masyarakat Cina di negeri ini, tetapi juga kumpulan etnik lain menerusi khidmat bakti dalam membantu kanak-kanak di rumah amal Bukit Harapan, pesakit Talasemia dan kumpulan rentan yang lain, katanya.

“Ini sebenarnya satu lagi testimoni terhadap perkongsian perikatan penting dan strategik antara Malaysia dan China,” katanya.

Musa juga berkata Konsulat Jeneral itu juga telah menunjukkan keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman yang memaparkan dasar luar Presiden China Xi Jinping. – BERNAMA

Kategori