Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

700 Juta Batang Rokok...

PASIR PUTEH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kira-kira 700 juta batang...

Steven Seagal Dilantik Duta...

MOSCOW - Kementerian Luar Rusia melantik pelakon popular Hollywood, Steven Seagal sebagai Wakil...

Tuas Pelabuhan Baharu Singapura...

SINGAPURA - Akhirnya apa yang dibimbangi bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir...

Tak Perlu PRU, PH...

PETALING JAYA - Pilihan raya umum (PRU) untuk menentukan kerajaan baharu tidak perlu...

Salma Ungguli ‘Pentas 3 Juara’, Bawa Pulang RM100k

SHAH ALAM – Peserta kelahiran Sabah, Salma diumum sebagai ‘Juara Antara Juara’ menerusi program akhir Pentas Epik 3 Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Ahad.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 26, peserta dari kategori Balada berjaya menewaskan dua pesaingnya iaitu Kudien dari kategori Rock dan Azizul dari kategori Irama Malaysia sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan juga trofi.

Dalam pertandingan ini, ketiga-tiga peserta perlu membuat persembahan dalam bentuk solo, duet dan bertiga.

Untuk segmen solo, Salma membawa lagu ‘I Surrender’ nyanyian asal Celine Dion dan memilih Azlan Typewriter untuk segmen duet menerusi lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ dan ‘Hukum Karma’.

Kudien pula membawa lagu ‘Sambutlah Kasih’ nyanyian asal kumpulan Love Hunters untuk persembahan solo dan lagu ‘Beribu Sesalan’ untuk kategori duet bersama Jaclyn Victor.

Manakala Azizul membawa lagu ‘Berdendang Dalam Tangisan’ untuk persembahan solo nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan memilih Misha Omar untuk segmen duet menerusi lagu, ‘Cinta Mencintai Kita’.

Salma Ungguli 'Pentas 3 Juara', Bawa Pulang RM100k
Ajai komposer yang mewakili kategori Balada dan Salma bersama replika hadiah yang dimenangi. – Foto TV3

Selain itu, ketiga-tiga peserta perlu bersaing secara trio menerusi tiga buah lagu iaitu ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Mimpi Laila’ dan ‘Lagu Untukmu’ yang disampaikan secara medley.

Pentas Epik 3 Juara dibuka dengan persembahan pembukaan oleh Datuk Rossa menerusi lagu ‘Jangan Hilangkan Dia’ dan ‘Pudar’.

Selain Rossa, Noraniza Idris dan Tyka turut menyerikan pentas menerusi lagu ‘Wangikanlah Hatimu’ manakala Datuk Awie terus menghangatkan pentas persembahan dengan lagu ‘Peronda Jaket Biru’.

Rossa, Awie dan Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap mengikut kategori iaitu Balada, Rock dan Irama Malaysia selama 13 minggu bersiaran.


Setiap peserta diwakili seorang komposer bagi setiap kategori iaitu Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hashim (Rock) dan Ajai (Balada).

Pada minggu lalu Salma, Kudien dan Azizul dipilih sebagai pemenang mengikut kategori yang diwakili yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Ketiga-tiga peserta ini perlu berentap untuk menyandang gelaran juara keseluruhan menerusi Pentas Epik 3 Juara yang menawarkan wang tunai RM100,000.

Program 3 Juara merupakan sebuah program realiti musim pertama terbitan TV3 yang mempertaruhkan tiga kategori muzik.

Rancangan ini diperkenalkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Salma merupakan isteri kepada bekas peserta Akademi Fantasia (AF9) iaitu Azri Abdullah yang juga bekas juara Mentor musim kelima. – mStar Online

Kategori