Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Vietnam Haramkan Tayangan Filem...

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam mengharamkan tayangan filem Hollywood, Barbie selepas lembaga penapisan...

Cabul: Kecoh Tukang Masak...

IPOH - Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila...

Rumpai Miang Mexico Dikesan...

SEREMBAN - Tiga lagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu Labu, Sendayan dan Jempol...

Quzandria Nur, Qabil Ambak...

KUALA LUMPUR - Jaguh ekuestrian negara Quzandria Nur Mahamad Fathil dan abangnya Mohd...

Sekolah Agama Di Thai Jadi Medium Dakwah, Perkasa BM

NAKHON SI THAMMARAT (Selatan Thailand) – Sekolah-sekolah agama yang wujud di Selatan Thailand sejak sekian lamanya, menjadi medium dakwah agama Islam serta peluang memperkasa bahasa Melayu di negara jiran itu ke peringkat global.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail bertitah, program pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah agama di Wilayah Andaman itu merupakan wadah yang amat penting bagi mengangkat martabat agama Islam dan bahasa Melayu di negara itu.

Baginda bertitah pemerkasaan bahasa Melayu anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berupaya memperluas lagi minda para pelajar di Thailand terhadap sosiobudaya dan komuniti Islam serta bahasa Melayu.

“Adalah menjadi harapan saya agar MAIPs dapat membantu memainkan peranan kecilnya melalui kerjasama padu UniMAP (serta institusi-institusi lain di negeri Perlis) untuk sama-sama memanfaatkan kepakaran yang dimiliki.

“Ia bagi membantu sistem pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah agama di sini dari semasa ke semasa seterusnya menyemarakkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru dan para pelajar khususnya di negara jiran kita,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan ‘Program Pemerkasaan Bahasa Melayu’ yang diadakan di dua buah sekolah di wilayah Nakhon Si Thammarat, bersempena lawatan kerja Ziarah Mahabbah Tahunan MAIPs ke Wilayah Andaman Thailand petang semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu, baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan KUIPs berangkat ke Sekolah Agama Sinthatham milik Islamic Committee Nakhon diiringi Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Nakhon Si Thammarat, Ibrahim Dakai dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam seluruh Thailand, Zakaria Kitjaruk.


Seramai 2,600 orang pelajar sekolah berkenaan menyambut delegasi dari Perlis serta menyifatkan program ziarah itu sebagai sejarah bagi penduduk di wilayah itu (Nakhon Si Thammarat) kerana julung kali mereka menerima kunjungan daripada seorang Raja beragama Islam.

Kemudian baginda berangkat pula ke Sekolah Pondok Moden Misbahu Deen, Bantan bagi program yang dianjurkan oleh pihak KUIPs selama seminggu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Keberangkatan baginda berdua di Perpustakaan Baitul Hikmah Al-Kuwaity di sekolah yang mempunyai seramai 1,600 orang pelajar Muslim itu disambut oleh Mursyidul Am sekolah yang juga bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan.

Di situ, baginda turut berkenan menyerahkan sijil penyertaan kepada 160 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam klinik tersebut dan seterusnya menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) di antara KUIPs dan sekolah pondok terkenal itu dalam memperkasa bahasa Melayu.

MoU itu ditandatangani oleh Mudir sekolah berkenaan, Muhshin Pitsuwan dan Rektor KUIPs Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam.

Terdahulu, baginda berdua berkenan meluangkan masa melawat Madrasah Ulumiddeen yang tidak jauh dari situ dan masih mengekalkan konsep penginapan pondok seperti di zaman dahulu serta mendengar taklimat disampaikan oleh mudirnya Ustaz Abdullah Kadir Abd Rahman. – BERNAMA

Kategori