Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tarawih: Peniaga, Netizen Tidak...

KOTA BHARU - Arahan menghentikan operasi premis makanan dari pukul 8.30 malam hingga...

Warga AS Dituduh Hasilkan...

Langkawi : Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) didakwa di Mahkamah Sesyen di...

KKM Tunggu Maklum Balas...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian...

Bicara Kes Rogol ADUN...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 21 Disember depan untuk perbicaraan kes...

Selamat Tahun Baharu Kepada Masyarakat Cina – PM

DATUK Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga sentiasa makmur dan sejahtera kepada semua masyarakat Cina di negara ini.

Perdana Menteri berkata perayaan Tahun Baharu merupakan peluang masyarakat majmuk untuk mengukuhkan lagi hubungan sesama kaum dan semoga membuka rahmat yang lebih baik untuk negara.

“Dalam keadaan di mana kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, pasti kita dapat membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih berjaya, lebih maju dalam keadaan yang lebih harmoni…Gong Xi Fa Cai!” katanya melalui video ucapan yang dimuat naik di laman Facebooknya, malam tadi.

Dalam video itu Perdana Menteri dilihat melawat sebuah rumah warga emas dan memberi wang angpau kepada sekumpulan kanak-kanak.


Beliau turut beramah mesra dengan beberapa tetamu sambil menggaul  hidangan tradisi ‘Yee Sang’ yang sinonim bagi masyarakat negara kita setiap kali tiba sambutan Tahun Baharu Cina.

Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut pada 28 dan 29 Februari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori