Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sanggup Suntik Bakteria Kerana...

SEORANG aktres dari Jerman, Manoush, yang berusia 45 tahun, sanggup membahayakan nyawanya sendiri...

Penjaja Digalak Carum Perkeso

IPOH - Golongan penjaja dan peniaga kecil digalak mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial...

Hidangan Seks ‘Kelas Tinggi’...

TAWAU - Berselindung di sebalik pusat urut dan refleksologi, tiga premis yang menawarkan...

NASA Beri Amaran, Jerebu...

PARA saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS) memberi...

Selebriti Tempatan Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Faiz

KEJAYAAN Mohd. Faiz Subri menggondol anugerah berprestij FIFA Puskas Award mencipta sejarah sebagai anak Malaysia yang pertama menjuarai kejuaraan sukan tertinggi di dunia itu.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya cukup berasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan pemain berusia 29 tahun itu yang disifatkan sebagai agak luar biasa.

Mohd. Faiz menewaskan dua finalis kategori Gol Tercantik Dunia iaitu, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan serta tumpang berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu.

Antara selebriti yang mengucapkan tahniah ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Ayda Jebat, Scha Al-Yahya dan Nadzmi Adhwa.

Well done Faiz Subri 👏🏻👏🏻👏🏻

A photo posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on


Tahniah Mohd. Faiz kerana telah mencipta sejarah negara dan semoga terus sukses dalam perjalanan karier bola sepak anda! Majulah sukan untuk negara! – MYNEWSHUB.CC

Kategori