Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PDC Belanja RM40 Juta...

GEORGETOWN - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjangka akan membelanjakan kira-kira RM40 juta...

Hanya 30% Anggota Bomba...

SIK - Hanya 30 peratus daripada keseluruhan anggota bomba dan penyelamat dibenarkan mengambil...

3 Remaja Jalan Kaki...

MUAR - Demi hasrat membuat kerja amal dan minat mengembara, dua beradik dan...

ATM Rampas 700kg Ketum

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg)...

Seniman 1960-an S. Rosley Meninggal Sakit Jantung

SINGAPURA – Seniman terkenal filem Melayu tempatan pada dekad 1960-an lalu, S. Rosley menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 74 tahun di sini sekitar 1.40 pagi Rabu.

Allahyarham terdahulu rebah di bawah kolong blok kediamannya sebelum meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Besar Changi akibat Penginfarkan Miokardium Akut atau serangan jantung pada awal pagi tadi.

Berita sedih tersebut disahkan anak lelakinya yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi di republik itu, Fido Ahdross, 34 tahun, ketika dihubungi agensi berita tempatan Mediacorp Singapura hari ini.

Allahyarham yang popular menerusi filem Anak Buluh Betong arahan S. Kadarisman pada 1965 selain Lampong Karam dan Darma Kesuma, juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung beberapa tahun lalu.

Beliau juga pernah dilaporkan terpaksa menggunakan alat perentak jantung sekitar tiga bulan lalu disebabkan keadaan jantung dirinya yang agak lemah dan tidak dapat berdegup secara konsisten.

s-rosley1

Menurut Fido, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara sebelum pemergiannya dan berkata: “Saya sering menghantarnya menjalani pemeriksaan hospital dan turut menjaga ubat-ubatannya.

“Tetapi pada malam semalam (Selasa), saya sedang bekerja dan kebetulan bateri telefon saya mati. Saya hanya menerima pesanan dan panggilan yang tidak terjawab sejurus saya pulang dan saya benar-benar terkejut,” katanya.

“Memang saya tidak pernah langsung menjangkakan pemergiannya secara tiba-tiba, kerana arwah kelihatan normal setiap hari, meskipun sering mengalami tekanan darah tinggi dan jantung yang lemah.

“Cuma, beliau turut mengalami penyakit kuning, kaki dan muka yang bengkak serta hilang selera makan sejak menggunakan alat perentak jantung itu,” jelasnya yang tinggal serumah bersama ayahnya itu.


Fida bahkan memberitahu Mediacorp Singapura bahawa abangnya Ruziq Ahdross, 37 tahun, turut cuba memberikan bantuan pernafasan sejurus selepas ayah mereka rebah di kolong blok.

s-rosley2

Malah, pemergian Allahyarham S. Rosley atau nama sebenarnya Syed Ahdross Syed Ahmad, jelas merupakan satu kehilangan yang besar bagi Fido dan keluarganya sendiri selain dunia perfileman Melayu Singapura.

“Saya banyak berkongsi masalah dengan beliau. Ayah saya adalah sumber inspirasi, motivasi dan kekuatan saya. Siapalah diri saya tanpanya. Segala yang saya kecapi dalam industri adalah atas bimbingannya,” kongsinya.

“Dan, meskipun saya tidak dapat berada di sampingnya ketika menghembuskan nafas terakhir, saya tidak menyesali apa-apa. Saya sudah beri komitmen untuk menjaganya dan saya anggap ini adalah ketentuanNya,” jelas Fido.

Allahyarham S. Rosley pernah mendirikan rumahtangga bersama-sama dengan pelakon tempatan, Fauziah Zie tetapi mereka berdua kemudian mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekitar 30 tahun lalu.

Jenazah arwah dijangka dikebumikan selepas solat fardu zuhur di tanah perkuburan Islam di Pusara Aman hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori