Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Malaysia Airlines Benarkan Batal...

MALAYSIA Airlines hari ini mengumumkan ia akan membenarkan pembatalan tiket dengan bayaran balik...

IPT Disaran Aktifkan Kembali...

KUANTAN – Kerajaan menyarankan agar semua universiti di negara ini mengaktifkan semula Model...

Husni Bertanding Calon Bebas...

IPOH - Desas-desus Anggota Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk...

Bayi 6 Bulan Tertelan...

India – Doktor-doktor di sebuah hospital berjaya membuang pisau lipat daripada perut seorang...

Seorang Cedera, Kren Tumbang Di Manjung – TNB

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera selepas sebuah kren tumbang menghempap sebuah lori di tapak projek syarikat janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Manjung 5 Sdn. Bhd., Manjung, Perak hari ini.

TNB dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, mangsa yang berada dalam lori hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa cedera selepas melompat keluar dari lori dan terjatuh ke dalam longkang. Dia telah mendapatkan rawatan di hospital,” kata TNB sambil menafikan dakwaan di laman sosial kononnya dua maut dan lima cedera dalam kejadian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati pengendali kren tidak menggunakan besi pengimbang semasa menjalankan kerja mengangkat beban yang menyebabkan kren tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.


“Kerja pembinaan di kawasan itu adalah di bawah selenggaraan kontraktor yang dilantik. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata TNB sambil menjelaskan kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perak.

Gambar kren tumbang yang menghempap lori itu menjadi tular di laman sosial hari ini. – BERNAMA

Kategori