Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Permit Kempen Rumah Ke...

PONTIAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan...

Bekas Tentera Tak Berpencen...

KANGAR ā€“ Anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) perlu mendaftar...

Tyrese Gibson Nafi Khabar...

SEMALAM Mynewshub ada berkongsikan kisah mengenai pelakon filem Fast and Furious 7, Tyrese...

Dakwaan Pemilihan Semula PKR...

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan...

Seorang Penjenayah Parah Ditembak Polis Di Sepanggar

KOTA KINABALU – Seorang penjenayah parah terkena dua das tembakan yang dilepaskan anggota polis dalam satu operasi pencegahan jenayah di Taman Bukit Setia, Sepanggar dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Menggatal yang sedang melakukan operasi di kawasan perumahan itu terserempak dengan sebuah kereta yang dilaporkan terlibat dalam kes samun di Keningau semalam.

“Apabila dihampiri, polis mendapati terdapat seorang lelaki di kerusi pemandu sambil bermain telefon bimbit dan meminta suspek keluar daripada kenderaan itu.

“Suspek enggan berbuat demikian menyebabkan polis bertindak memecahkan cermin kereta dan tiba-tiba suspek bertindak agresif dengan mengambil sebilah parang pemotong daging lalu cuba melibas seorang daripada anggota polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata bagi mempertahankan diri, polis melepaskan dua das tembakan yang mengenai bahagian ketiak dan tulang rusuk kanan suspek yang berusia 35 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan itu.

Katanya suspek kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan parah akibat terkena tembakan itu namun stabil selepas menerima rawatan.


Chandra berkata siasatan awal mendapati suspek yang baru keluar dari penjara pada Oktober tahun lepas terlibat dalam kira-kira 12 kes samun, pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu sejak awal bulan Disember dan satu kes pecah rumah di Keningau tengah hari semalam.

“Kereta yang digunakan suspek juga dilaporkan hilang kira-kira pukul 4 pagi Khamis lepas di Taman View KKIP, Sepanggar.

“Suspek itu juga dipercayai ketua kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Geng Saldi dan aktif melakukan jenayah di sekitar Kota Kinabalu,” tambahnya.

Beliau berkata pihaknya percaya terdapat beberapa lagi individu yang terlibat dalam kumpulan itu dan pihaknya sedang mengesan saki-baki geng berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori