Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Pukul Suspek...

KOTA BHARU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Jokowi Tampil Cool Berkain...

KEMERIAHAN pesta, warna-warni bunga api dan pelbagai program kebiasaannya akan memenuhi kemeriahan sambutan tahun...

Malaysia Dapat Undian Selesa...

KUALA LUMPUR - Skuad negara mampu menarik nafas lega selepas mendapat undian selesa...

Universiti Perlu Buat Penilaian...

KOTA TINGGI : Universiti awam (UA) perlu membuat penilaian risiko bagi semua acara...

Setiausaha Agung OIC Puas Hati Peralihan Di Gambia

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Yousef Al-Othaimeen berpuas hati dengan penyelesaian krisis politik di Gambia yang menyaksikan proses penyerahan kuasa kepada Presiden baharu dipilih Adama Barrow berjalan lancar.

Dalam satu kenyataan Othaimeen memuji usaha damai oleh Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) dengan kerjasama Kesatuan Afrika (AU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu melancarkan proses peralihan kuasa.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Presiden Nigeria, Liberia, Sierra Leone, Ghana, Guines dan Mauritania di atas sumbangan serta sokongan diberikan negara berkenaan.

Ia sekaligus dapat memastikan tidak wujud sebarang kekacauan mahupun keganasan dan keamanan dapat dikekalkan di Gambia.

Setiausaha Agung itu turut mengucapkan tahniah kepada Barrow dan rakyat Gambia kerana komitmen berterusan demi memastikan pemerintahan demokrasi dapat dikekalkan.

Barrow memenangi pilihan raya pemilihan presiden sekaligus menamatkan era pemerintahan Yahya Jammeh selama 22 tahun.


Disebabkan keengganan bekas presiden menyerahkan kuasa, Barrow terpaksa mengangkat sumpah jawatan di negara jiran Sinegal.

Ekoran itu Jammeh dikatakan meninggalkan Gambia pada Sabtu.

Sementara presiden baharu masih berada di Dakar dan menunggu masa sesuai untuk kembali ke Gambia.

Menurut PBB ketika proses peralihan kuasa lebih 45,000 orang turut meninggalkan Gambia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • OIC

Kategori