Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Captain America’ Meriahkan Sambutan...

KOSTUM Captain Amerika yang dipakai semasa Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Felda...

‘Seakan Ada Suara Berkata,...

SEJAK akhir-akhir ini, pelakon senior Zarina Zainuddin sering dilihat memuat gambarnya manis bertudung litup...

Terbaik! Lelaki Sikh Sanggup...

SEORANG lelaki penganut agama Sikh telah digelar sebagai hero apabila dia sanggup membuka...

Akibat Gangguan Makhluk Halus,...

SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran...

Skandal BMF 1985: Mahahtir Perlu Jawab Pendedahan CIA!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan bahawa beliau bernasib baik pada tahun 1985 kerana tidak ada media sosial yang boleh memanjangkan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) membabitkan dirinya pada zaman tersebut.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Mustapha Yaakub berkata, Mahathir yang kini bersengkongkol dengan Pakatan Harapan dan menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berupaya menutup skandal itu walaupun banyak pihak yang tidak berpuas hati pada waktu tersebut.

“Mahathir berjaya mengheret isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 billion hingga ke seluruh dunia dengan bantuan media sosial dan media asing. Kebenaran dinafikan walaupun penjelasan demi penjelasan diberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 1MDB dan Peguam Negara.

“Jadinya, apabila isu BMF dibuka semula oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), maka siapa pula yang akan menafikannya? Apakah ia salah Najib lagi? Apakah setiap yang berlaku itu maka Najib yang mesti bertanggungjawab walaupun ia berlaku di zaman kepimpinan terdahulu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapha berkata, skandal BMF 1985 yang dibangkitkan semula oleh CIA sepatutnya menjadi renungan kepada Mahathir supaya beliau sedar bahawa banyak kesilapan yang beliau lakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Baca: CIA Dedah Dokumen Skandal Tun M Dalam BMF

Juga: Skandal Songlap Mega Era Mahathir Tiada Siapa Siasat

Menurutnya, Mahathir bagaimanapun tetap kuat pada zaman tersebut kerana tiada media sosial untuk mengkritiknya selain jutaan ahli UMNO setia menyokong beliau.

“Sebab itulah tindakan beliau sekarang menyerang parti dan kerajaan adalah satu perbuatan yang di luar kewarasan. Kerana keghairahan beliau menyerang Najib dan kerajaan, maka akhirnya CIA buka fail lama skandal BMF.

“Oleh kerana nama beliau disebut oleh CIA, maka Mahathir perlu menjawabnya. Beliau perlu bela diri dari dakwaan itu dan membersihkan namanya. Jangan pula dengan pendedahan oleh CIA itu maka Najib pula menjadi sasaran pembangkang,” katanya.


Beliau turut menjelaskan, perbuatan Mahathir dan Pakatan Harapan mengheret isu 1MDB sehingga ke AS sebenarnya telah membuka ruang kepada CIA untuk membuka semula fail skandal BMF.

CIA baru-baru ini mendedahkan dokumen rasmi mengenai skandal perbankan besar BMF yang pernah menggegarkan negara dan dunia pada 1980-an membabitkan Mahathir.

Antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu CIA mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

Mahathir kini mengetuai PPBM untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau menjadi pemimpin pembangkang gara-gara berdendam dengan UMNO kerana enggan memenuhi hasratnya menumbangkan Najib selaku Perdana Menteri bagi digantikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz. – MYNEWSHUB.CC

Kategori