Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Tarikh Akhir Rayuan BR1M...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia...

Foto: Bomba Berjaya Tangkap...

ATAS tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat, seekor buaya dianggarkan berukuran sembilan kaki...

Isu Polarisasi Kaum Dan...

KUALA LUMPUR - Isu polarisasi kaum dan agama dalam negara perlu ditangani sebaik...

Anis Al Idrus Bakal...

MODEL, pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus, 29, bakal mengumumkan tarikh pernikahannya pada...

SpiceJet India Muncul Pembeli Terbesar 205 Pesawat Boeing

KUALA LUMPUR – Boeing dan SpiceJet hari ini mengumumkan komitmen tempahan sehingga 205 pesawat dalam satu majlis di New Delhi, India — tempahan terbesar dalam sejarah penerbangan tambang rendah.

Ia merangkumi tempahan dibuat pada akhir 2016 bagi 100 pesawat baharu 737 MAX 8, tempahan semasa SpiceJet sebanyak 42 pesawat 737 MAX, tambahan 13 pesawat 737 MAX yang sebelum ini dibuat seorang pelanggan yang enggan dikenali melalui laman web Tempahan dan Penghantaran Boeing, serta hak pembelian bagi 50 pesawat tambahan.

Pengerusi dan Pengarah Urusan SpiceJet, Ajay Singh berkata pesawat kelas Boeing 737 merupakan kumpulan pesawat utama syarikat itu sejak perkhidmatan SpiceJet dimulakan, dengan kebolehpercayaan yang tinggi, kos operasi rendah dan selesa.

“Dengan pesawat Next-Generation 737 (737 NG) dan 737 MAX, kami yakin untuk menjadi kompetitif dan berkembang dengan mencatat keuntungan,” katanya.

SpiceJet, pengendali yang menggunakan pesawat Boeing sepenuhnya, membuat tempahan pertama dengan Boeing pada 2005 bagi pesawat 737 NG dan ketika ini syarikat itu menggunakan 32 pesawat 737 NG bagi perkhidmatan penerbangannya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Boeing Company, Ray Conner berkata, dari segi ekonomi, pesawat 737 MAX membolehkan SpiceJet membuka pasaran baharu yang menguntungkan, berkembang secara terhubung dalam India dan negara luar, serta menawarkan pengalaman hebat kepada pelanggan mereka.


Pesawat 737 MAX menggabungkan enjin CFM International LEAP-1B berteknologi terkini, sayap lawi Advanced Technology serta penambahbaikan lain bagi memberi kecekapan tertinggi, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang dalam pasaran pesawat lorong tunggal.

Kapal terbang baharu itu akan menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 20 peratus berbanding 737 NG dan kos operasi terendah dalam kelasnya – lapan peratus bagi setiap tempat duduk, lebih rendah daripada pesaing terdekatnya. – BERNAMA

Kategori