Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Dibunuh Suaminya Selepas...

Tragis, ini perkataan yang sesuai bagi menceritakan apa yang berlaku di Indiana baru-baru...

Budak 5 Tahun Koyak...

IA adalah mimpi ngeri baru seorang bapa, Gao, apabila anak lelakinya yang berusia...

Polis Siasat Selebriti Didakwa...

AMPANG JAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung gambar keluarga selebriti yang didakwa berziarah...

Jenazah Allahyarham Datin Habibah...

MUAR - Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke...

SPR Putuskan Tiada PRK Dun Sungai Air Tawar

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Selangor bagi mengisi kekosongan susulan kematian penyandangnya berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan bahawa kekosongan tersebut tidak menjejaskan kekuatan parti majoriti yang membentuk kerajaan negeri.

“Oleh itu, SPR memutuskan bahawa tiada PRK diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Penyandang kerusi berkenaan Kamarol Zaki Abdul Malik, 59, meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pada 17 Jan lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, Kamarol Zaki yang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.


Yeoh dalam kenyataan semalam menyatakan selaras dengan peruntukan Perkara LXX (5) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyatakan kekosongan itu hanya perlu diisi sekiranya bilangan parti yang membentuk majoriti DUN Selangor terjejas.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Parti Amanah Negara (2) dan Bebas (2). – BERNAMA

Kategori