Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Izreen Azminda Akui Rela...

UNGKAPAN 'wanita mana yang rela dimadukan' mungkin sudah tidak sesuai digunakan. Hal ini kerana...

Harga Mane Pecah Rekod...

BARCELONA perlu membayar dengan harga rekod dunia £224 juta (RM1.221 bilion) jika mahu...

Isu Memali: Mengapa Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Mengapa bekas pemimpin PAS yang kini bersama gabungan parti pembangkang...

Suami Isteri Terselamat Kereta...

BELURAN – Pasangan suami isteri terselamat ketika kereta dinaiki terbakar selepas terlibat dalam...

SPR Tunggu Makluman Kekosongan Kerusi DUN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata SPR mengambil maklum akan pengumuman pemergian Adenan.

“SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian itu dan kekosongan luar jangka kerusi DUN Tanjong Datu,” katanya.

Mohd Hashim berkata sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa.


Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2006 dan sebelum ini merupakan Anggota DUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari ini di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung yang dialaminya. – BERNAMA

Kategori