Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perlu Tingkatkan Hubungan Ekonomi...

NASSAU (The Bahamas) - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat keperluan untuk membangunkan...

Mahathir Sihat Dan Masih...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan Perdana Menteri, Tun Dr....

Sultan Johor Zahir Takziah

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan salam takziah atas...

Pegawai JPJ Maut Digilis...

SHAH ALAM - Malang tidak berbau apabila seorang pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Tan Sri Annuar Musa.

SPRM menegaskan siasatannya hanya bertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan Annuar dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Agensi antirasuah itu berkata siasatan berhubung dakwaan salah tadbir urus pula akan dijalankan pasukan audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa (melibatkan) Tan Sri Annuar Musa,” kata badan itu dalam kenyataannya.

SPRM dalam pada itu meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada badan tersebut dalam menjalankan siasatannya.

MARA hari ini menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd. (PMB) berkuat kuasa serta-merta.


Keputusan sebulat suara berhubung penggantungan tugas Annuar itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anggota Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob di ibu pejabat agensi tersebut di sini.

Yusof dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata penggantungan dibuat bagi membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara  termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors. – BERNAMA

Kategori