Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gempar Jumpa Janin Terapung...

TUMPAT - Penduduk kampung Pasir Pekan Tengah di sini gempar apabila menemui janin...

Harga Petrol RON95, RON97...

PETALING JAYA - Harga petrol RON95 dan RON97 turun mulai 1 Mac.Presiden Persatuan...

Agrobank Lancar Pembiayaan Mikro...

KUCHING – Agrobank hari ini melancarkan program pembiayaan mikro, Agro TERAS, bagi membantu...

Penafian PetroSaudi Jawab Persoalan...

GEORGE TOWN - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan penafian syarikat perkhidmatan...

Suami Hati Kering Belasah Bini Guna Ekzos

MAHKAMAH sesyen Kota Bharu, hari ini menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki atas kesalahan membelasah isterinya dengan menggunakan besi rak pinggan, batang penyapu dan ekzos motosikal.

Hukuman itu dibacakan oleh hakim, Nazri Islam terhadap tertuduh, Azzimualif Mohamad, 25, selepas mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Untitled

Tertuduh yang merupakan penganggur melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Kampung Che Deris, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, pada jam 8.30 pagi, 9 Januari lalu.

Menurut pertuduhan, Azzimuali didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Siti Nor Adilah Yusoff, 21, yang boleh mendatangkan kecederaan parah atau kematian dengan menggunakan besi rak pinggan, sebatang penyapu jenis pvc dan sebatang ekzos motosikal sebagai senjata.


Akibat insiden itu, isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit luka pada belakang kepala dan lebam seluruh badan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pasangan ini turut memiliki seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Sumber: Sinar Harian

Kategori