Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Shahrir Harap Kes Beli...

PUTRAJAYA - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad...

Pengusaha Kebun Getah Didakwa...

KUANTAN - Seorang pengusaha kebun getah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Tidak Bersenam Kerana Kurang...

KUALA LUMPUR - Kaji selidik yang dijalankan oleh Cilisos.my dan Fitness First keatas...

Polis Buru Suspek Simbah...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu individu yang terlibat dalam kes simbah asid...

Suami Isteri Dipenjara Dan Denda Atas Tuduhan Rasuah

IPOH – Sepasang suami isteri, juga merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masing-masing dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas semua pertuduhan pilihan membabitkan rasuah.

Hakim S. Indra Nehru memerintahkan Leftenan Komander TLDM Rizalman Ghazali, 38, dipenjara selama sembilan bulan dan denda RM20,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan pilihan.

Isterinya, Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 35, yang mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pilihan, dihukum penjara enam bulan serta denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Rizalman didakwa bersubahat dengan isterinya menerima wang tunai berjumlah RM420,852.85 daripada Hussin Roslim melalui kad debit CIMB dan Affin Bank pada Oktober 2014 hingga Januari 2015 di Manjung.

Tertuduh mengetahui bahawa Hussin mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasmi isterinya.

Rizalman didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Sementara Rozlin didakwa menerima wang tunai berjumlah RM230,011.44 melalui kad ATM Affin Bank daripada Hussin melalui suaminya pada Oktober 2014 hingga Januari 2015 di Manjung.

Rozlin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada Oktober 2015, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Norazah Kasran manakala pasangan itu diwakili Norhasham Hasan dan Shahril Adli Zain. – BERNAMA

Kategori