Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 12.9 Juta Guna...

ZAMAN ini teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Ia menguasai hampir...

Bayi Lelaki Miliki Empat...

KAMPALA, Uganda - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari sebuah perkampungan di...

98% Perniagaan Negara Berteraskan...

SUNGAI BESAR - Kerajaan sentiasa mempelbagaikan usaha memperkasa dan membangunkan perusahaan kecil dan...

Jalan Tutup Sempena Acara...

KUALA LUMPUR ā€“ Beberapa laluan di sekitar terowong SMART akan ditutup mulai pukul...

Suami Isteri Rentung, Lori Dinaiki Terbakar

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri rentung selepas lori ang dinaiki terbabas di bahu jalan dan terbakar di Kilometer 8.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, pemandu lori yang dikenali sebagai Molok Zainal Abidin, 51, bersama isterinya, Rosana Bahtiar, 21, tersepit akibat dihempap muatan cerucuk konkrit.

“Mereka tersepit akibat muatan cerucuk konkrit menggelongsor ke tempat duduk dan menyebabkan mereka terperangkap dan lori itu kemudian terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih tiba di tempat kejadian pada pukul 2 petang.


Beliau berkata Molok berjaya dikeluarkan pada pukul 4 petang manakala isterinya, 40 minit kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori