Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Misi Baharu Cari...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak pernah memutuskan sebarang misi baharu bagi meneruskan pencarian...

Parlimen Cipta Sejarah Tubuh...

KUALA LUMPUR - Parlimen sekali lagi melakar sejarah dengan tertubuhnya sebuah Kaukus Dewan...

Siasat Bawang Merah RM24...

BALIK PULAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang...

Itali Selamatkan 550 Pendatang...

ROME - Pihak pengawal pantai Itali menyelamatkan kira-kira 550 pendatang yang cuba menyeberangi...

Sultan Johor Puas Hati Persediaan Hadapi Banjir

KOTA TINGGI – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berpuas hati dengan persediaan kerajaan negeri dalam menghadapi banjir tahun ini.

Baginda bertitah semua persiapan yang dilakukan Jawatankuasa Banjir Johor adalah teratur dengan wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan turun padang untuk bertemu mangsa.

“Kerajaan Johor memang sudah siap siaga melalui Jawatankuasa Banjir dengan begitu lama, saya rasa semuanya teratur. Insya-Allah, tidak akan ada masalah,” titah baginda selepas meluangkan masa bertemu 964 mangsa daripada 194 keluarga yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Kota Kecil di sini, hari ini.

sultan4

sultan1

Sultan Ibrahim bertitah berdasarkan maklumat yang diterima baginda, paras air di kawasan Kota Tinggi diramalkan reda hari ini tetapi meminta penduduk supaya pulang ke rumah masing-masing hanya setelah keadaan mengizinkan.

“Banyaklah bersabar, ini kuasa dan dugaan Allah,” titah baginda.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md Ariff berkata ini merupakan kejadian banjir yang paling buruk pernah berlaku di Kota Tinggi sejak 2007.


Katanya mereka yang dipindahkan itu termasuk 45 warga Rohingya yang menetapkan di kawasan terbabit.

sultan2

sultan3

Setakat ini, pihaknya menempah lebih 800 pek makanan dan minuman untuk keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan itu hari ini.

Mangsa turut diagihkan dengan barangan keperluan untuk memasak, selimut dan sebagainya, katanya sambil memberitahu bahawa beberapa pasar raya turut menghubunginya bagi menyumbangkan bantuan kepada mangsa. – BERNAMA

Kategori