Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tulisan Tidak Merujuk Kepada...

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan mendakwa gambar seorang lelaki...

Bubar DUN: Lim Guan...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini bertemu Yang Dipertua...

UMNO Tiada Kerjasama Dengan...

PADANG TERAP - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan parti itu...

Hari Derma Darah Di...

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara akan mengadakan Hari‎ Penderma Darah Sedunia Peringkat...

Suspek Keempat Ditahan Kerana Fitnah Di Facebook

KUCHING – Polis Sarawak menahan suspek keempat yang disyaki membuat catatan fitnah terhadap bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pada pukul 12.25 tengah hari tadi seorang lelaki berusia 47 tahun pergi ke Balai Polis Miri untuk membuat laporan polis selepas mendapati bahawa dirinya terlibat dalam siasatan polis.

“Lelaki itu membuat laporan polis menafikan dia telah membuat sebarang catatan memfitnah terhadap arwah Adenan dan mungkin akaun Facebooknya telah digodam,” kata Dev dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selepas disoal siasat, lelaki itu menarik balik dakwaan awalnya serta mengaku telah membuat catatan fitnah dan seterusnya dia ditahan.


“Telefon bimbitnya disita bagi tujuan siasatan, katanya. – BERNAMA

Kategori