Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Najib Bertemu Tokoh-Tokoh Industri...

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan...

Bandar Kuching Lama Akan...

KUCHING - Bandar Kuching lama, bermula dari Gereja Katolik St Joseph ke Bazaar...

Fizz Pasang Niat Bawa...

DRAMA telefilem Nur Kasih sekitar tujuh tahun lalu pernah menjadi fenomena di tanah...

Tangisan Anak Pramugari MH17,...

Seremban - Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebaik...

Syarikat Rugi Hampir RM1 Juta 4 Bas Kilang Terbakar

KULIM – Sebuah syarikat pengendali bas kilang kerugian hampir RM1 juta apabila empat bas kilang dan sebuah van musnah terbakar dalam kejadian di Taman Tiram Indah, Lunas, di sini, awal pagi tadi.

Pemilik syarikat pengendali bas kilang berumur 50-an yang enggan dikenali berkata, dia menyerahkan kepada pihak bomba untuk melakukan siasatan terhadap kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu.

“Apa yang diberitahu, ia berkemungkinan disebabkan pendawaian elektrik daripada sebuah bas namun semuanya akan diketahui selepas siasatan bomba dijalankan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.16 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya turut membantu memadamkan kebakaran adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim.

“Tiba di tempat kejadian, didapati empat bas kilang diparkir di tempat meletak bas telah terbakar.


“Ada beberapa van diletak di situ tetapi hanya sebuah terbakar. Difahamkan, setakat ini punca sebenar kejadian sama ada akibat perbuatan khianat atau sebaliknya belum diketahui,” katanya.

Mohd Azizi berkata, empat bas terbabit musnah 95 peratus manakala sebuah van musnah 15 peratus.

“Tiada mangsa yang terbabit dan punca sebenar serta kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori