SEJAK semalam nama lelaki ini, @ezrinmn menjadi trending di laman mikro Twitter gara-gara pendedahannya mengenai kisah putus tunang yang dilaluinya pada penghujung tahun 2016.
Agak malang bukan kerana ketika ramai yang berfikir mengenai azam tahun baru, lelaki ini terpaksa berdepan dengan realiti hidup yang begitu perit.
Menerusi entri-entri akau Twitternya, @ezrinmn mendakwa bekas tunangnya memutuskan ikatan yang dibina kerana curang dengan bos wanita itu sendiri.
Menurut lelaki itu lagi, pertunangan mereka diputuskan di saat semua persiapan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung dalam masa sebulan lagi itu sudah disiap dilakukan.
Baca:Â Merajuk Dengan Isteri, Tidak Bertegur Selama 20 Tahun!
Antaranya, persiapan dewan persandingan, goodies untuk para tetamu dan tiket penerbangan untuk berbulan madu, semuanya hancur musnah disebabkan kecurangan tunangnya itu.
Kebanyakan netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki itu kemudiannya memberikan kata-kata semangat bagi menceriakan kembali hari lelaki tersebut.
Merasa terharu dengan sokongan moral dari netizen, @ezrinmn kemudiannya membalas komen mereka dengan memuat naik dua buah video pendek menyatakan penghargaannya terhadap semua yang prihatin dengan permasalahannya. – MYNEWSHUB.CC