Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

PM Mahu Siasatan Segera...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan kes...

Ekonomi Dijangka Meningkat Pada...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun...

Apps Memudahkan Pelancong Islam...

PADA tahun 2014, 180,000 pelancong Islam tiba di Taiwan untuk menikmati keindahan luar...

Tahun Baharu Cina: Lawatan Ke Penjara Pada 30, 31 Jan

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 30 dan 31 Jan ini untuk tarikh lawatan keluarga banduan di institusi penjara di seluruh negara bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata keutamaan untuk program lawatan itu diberikan kepada penghuni kaum Cina.

Katanya, lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

“Semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan selain tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.


“Makanan dan minuman boleh dibeli dari kantin penjara dan pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan.

“Pelawat perlu mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerima sekiranya ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Kategori