Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Duit Syiling 226 Kg...

TEXAS – Selepas 65 tahun menyimpan duit syiling, akhirnya seorang nenek berusia 81...

Wanita Cedera Terjun Dari...

ALOR SETAR - Seorang wanita cedera setelah terjun dari tingkat lima sebuah hospital...

Calon PRN, PRU Fokus...

SHAH ALAM - Kumpulan calon yang bertanding pada pilihan raya sama ada di...

TMJ Secara Rasmi Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasmi...

Enggan Serah ‘McNugget’ Biarpun Diacu Pistol

NEW YORK – Seorang gadis berusia 13 tahun sanggup bertegas untuk tidak memberikan ayam ‘McNugget’nya walaupun telah diacu pistol di bahagian kepala, lapor Huffington Post.

Jurucakap polis memberitahu media, kejadian tersebut berlaku di kawasan kejiranan Harlem di mana gadis tersebut telah diminta memberikan makanan tersebut oleh seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang juga merupaakan rakan sekelasnya.

Bagaimanapun, apabila gadis tersebut menolak, suspek kemudiannya membawa mangsa ke stesen kereta api bawah tanah dan mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacukan ke arah kepala mangsa.

Namun begitu, gadis itu masih enggan berbuat demikian dan menepis senjata berkenaan serta meminta agar remaja tersebut tidak mengganggunya.

Hasil siasatan, pihak polis tidak menjumpai pistol tersebut, namun banyak saksi tampil mengatakan mereka nampak insiden itu terjadi.


Sementara itu, remaja itu akan didakwa di mahkamah sebagai pesalah juvana atas kesalahan cubaan mencuri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori