Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Royalti Kelantan ‘Sangkut’ Di...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan yakin akan menerima royalti minyak sebagaimana yang dijanjikan...

Jajaran ECRL Diubah Ke...

WAKIL khas perdana menteri, Daim Zainuddin berkata, jajaran baru projek Laluan Kereta Api...

Boleh Bergerak Dalam Radius...

SHAH ALAM - Orang ramai hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan dalam jarak...

Rusuhan Kuil: 55 Direman...

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman...

Tarik Balik Kelompok BG04645 Ternolol 50 Film-Coated Tablet

KUALA LUMPUR – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengarahkan Hovid Berhad menarik balik kelompok BG04645 produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu dibuat berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan ‘Ternolol 50,’ manakala label pada blister dicetak dengan ‘Ternolol Tab 100mg.’

“NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca ia berlaku,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata produk yang didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ itu mengandungi bahan aktif atenolol yang digunakan untuk rawatan hipertensi.


Dr Noor Hisham menasihatkan pesakit hipertensi untuk menyemak sama ada mereka menerima ubat dalam kelompok yang dinyatakan, dan tidak mengambil ubat tersebut.

Jelasnya, pesakit perlu segera memulangkan ubat itu ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan yang membekalkan selain berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan jika perlu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori