Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Akan Terus Berunding...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus berunding mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi...

Rang Undang-Undang Perbekalan 2016...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di...

Calon Peperiksaan Utama Di...

KUALA LUMPUR - Calon peperiksaan utama termasuk Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi...

Lelaki Anggota PGA Lepas...

PADANG BESAR - Seorang lelaki dipercayai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melepaskan tiga...

CNY: Najib Berharap Ekonomi Negara Bertambah Baik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ekonomi negara akan bertambah baik bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2017.

“Sempena Tahun Ayam ini juga, diharap segala usaha kerajaan untuk membela rakyat dapat kita pertingkatkan dan semoga tahun ini bebas daripada sebarang ancaman terutama dari segi keselamatan negara,” katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya harapannya bersempena Tahun Ayam selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau juga berharap rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta bersama-sama mengukuhkan lagi perpaduan kaum.

Najib turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa yang meraikannya.

Terdahulu Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa kira-kira sejam pada majlis rumah terbuka anjuran MCA itu.

Najib yang berpakaian batik berwarna merah dan Rosmah yang berpakaian tradisional masyarakat Cina berwarna ungu disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi paluan gendang dan persembahan tarian singa.

Beliau dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) kemudiannya menggaul salad ikan mentah ‘yee sang’, hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Najib dan para tetamu turut menyaksikan lakaran kaligrafi Cina oleh Presiden Kaligrafi Malaysia, Dr. Wong Kum Peng sebelum mengambil peluang melakarkan satu perkataan Cina iaitu ‘Chun’ yang bermaksud ‘the spring festival of the year’ (festival musim bunga).


Turut hadir Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Tetamu pelbagai kaum dan pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu sambil menyaksikan persembahan warisan paluan Gendang 24 Perayaan, tarian tradisional Cina dan nyanyian.

Sementara itu, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata rakyat perlu bersama-sama meningkatkan iltizam dan semangat untuk terus bekerja keras menghadapi cabaran tahun ini yang diharap menjadi tahun pembawa rezeki untuk Malaysia.

“Ayam ni berkokok awal. Pagi-pagi sudah bangunkan kita dari tidur yang nyenyak. Pada zaman moden ini kita juga perlu ada semangat untuk bangun awal, bekerja kuat.

“Oleh itu, saya rasa semangat ayam berkokok pagi dan bangun awal boleh menjadi satu amalan kita untuk meningkatkan produktiviti. Ini kerana sebagai negara yang sedang melalui proses transformasi, kita perlu mempunyai nilai produktiviti yang tinggi,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori