Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

AKSEM Serbu ‘Kafe Ketum’...

PADANG BESAR - Agensi Keselamatan Sempadan Perlis hari ini menahan lima individu termasuk...

Ditembak Mati Selepas Terima...

BULACAN - FILIPINA. Seorang ratu cantik negara itu ditembak mati selepas membuka pintu...

Mesyuarat Khas SPR Putus...

PUTRAJAYA - Tumpuan seluruh rakyat Malaysia hari ini sudah pasti terarah kepada Suruhanjaya...

MetMalaysia Ramal Banjir Kali...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan banjir yang sedang melanda Pantai...

Telefon Punya Pasal, Anak Tendang Ibu ‘Bertubi-Tubi’

HANYA kerana tidak dibenarkan bermain telefon bimbit, seorang remaja lelaki sanggup menendang ibunya bertubi-tubi di sebuah hospital di Guangzhou, China.

Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik di media sosial sejak semalam itu mendapat kritikan netizen.

Dalam video berdurasi 10 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai belasan tahun menendang ibunya sekurang-kurangnya lima kali dalam tempoh itu.

Seorang wanita tua dipercayai neneknya cuba menghalang kanak-kanak itu daripada terus menendang ibunya namun tidak berjaya.

Menerusi perkongsian laman sosial Weibo, netizen menjelaskan kejadian berlaku apabila ibu remaja tersebut tidak membenarkannya bermain telefon pintar di dalam hospital.

Berang dengan tindakan ibunya, berlaku pertelingkahan sehingga remaja tersebut menendang ibunya bertubi-tubi di bahagian badan tanpa belas kasihan.


Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen yang marah dan terkejut dengan tindakan remaja berkenaan kerana tergamak bertindak sedemikian terhadap ibunya sendiri hanya kerana telefon pintar.

Netizen berpendapat ‘penderaan’ anak terhadap ibu bapa sering dilaporkan berlaku di China dan ianya sangat membimbangkan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori