Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

CAP Dakwa Ramai Anak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Daerah Baling (MDB)...

Resepi Sambal Sotong Kering...

SELAIN rendang ayam dan rendang daging yang wajib dihidangkan di pagi Hari Raya...

England Bangkit Benam Slovenia...

LONDON - Wayne Rooney meraikan kejayaannya bergelar pemain termuda England meraih 100 kaps...

Saya Hormat Kejujuran Awak...

SEJAK beberapa hari lalu, pemilik nama Fattah Amin terus-menerus menguasai carta trending di...

Tempatkan Premis Perniagaan Kea Farm Ke Lokasi Selamat

CAMERON HIGHLANDS – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta satu perancangan jangka panjang dilakukan untuk menempatkan premis perniagaan Kea Farm di sini, yang terjejas akibat kebakaran semalam, ke lokasi lebih selamat.

Titah baginda memandangkan insiden kebakaran itu telah berlaku, Kea Farm dilihat sudah tidak strategik berikutan kedudukannya berhampiran jalan raya utama dan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Baginda turut memberi peringatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di Pahang agar tidak ‘menutup mata’ dalam melaksanakan penguatkuasaan lokasi premis.

“Saya harap ia sebagai satu peringatan kepada pejabat daerah… bagi lesen berniaga, mesti ada perancangan jangka panjang, supaya kedai-kedai ini ditempatkan di lokasi yang betul.

“Jangan tutup mata untuk selama-lamanya khususnya dalam penguatkuasaan. Saya tidak mahu ia berulang sehingga jalan (terpaksa) ditutup dan menyusahkan perjalanan orang di sini,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian pada majlis perjumpaan dan mengurniakan sumbangan kepada sembilan pemilik kedai di Kea Farm yang terbakar awal pagi semalam.


Baginda juga mahu kerja-kerja pembersihan lokasi kebakaran dilakukan dengan cepat bagi membolehkan perniagaan di sekitar kawasan itu berjalan seperti biasa.

Dalam kejadian 12.57 tengah malam semalam, sebanyak sembilan deretan kedai pelbagai musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdahulu, Tengku Abdullah yang berangkat tiba pada pukul 5.20 petang ini dengan diiringi Pegawai Daerah Cameron Highlands Ishak Mohd Napis, berkenan meninjau deretan kedai yang terbakar itu dan mendengar taklimat daripada pihak pejabat daerah tentang situasi semasa. – BERNAMA

Kategori