Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Felda United Ikrar Bangkit...

MARAN - Skuad Felda United mampu bangkit pada aksi separuh akhir kedua Piala...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan...

Remaja Hilang Pada 2012,...

KUANTAN - Remaja perempuan yang pernah hilang selama tiga hari pada Julai 2012,...

Sami Buddha Protes Pelarian...

NAYPYITAW - Ketika masyarakat antarabangsa mengkritik Myanmar kerana diskriminasi ke atas etnik Rohingya,...

Terlalu Cantik, Gadis ‘Dikurung’ Ibu Bapa 26 Tahun

DEK kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak gadisnya, sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup ‘mengurungnya’ selama 26 tahun daripada menikmati dunia luar.

Ini kerana mereka mendakwa konon berasa gusar perkara buruk akan menimpa anak perempuannya yang berusia 26 tahun itu, menurut laporan sebuah laman media antarabangsa.

Mangsa dikenali sebagai Angelica Kenova, tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan ditemani beberapa pengawal peribadi dan pengiring sekiranya keluar bertemu janji (dating).

Ibu bapa Kenova sangat melindunginya kerana kecantikan yang dimiliki gadis itu dan jika diamati betul-betul, gadis itu saling tidak tumpah seperti watak kartun atau patung kegemaran kanak-kanak perempuan iaitu Barbie.

Terlalu Cantik, Gadis 'Dikurung' Ibu Bapa 26 Tahun

Terlalu Cantik, Gadis 'Dikurung' Ibu Bapa 26 Tahun

Terlalu Cantik, Gadis 'Dikurung' Ibu Bapa 26 Tahun

Kenova memberitahu rupa paras dan sosok tubuh yang dimilikinya itu asli dan bukannya hasil daripada mana-mana pembedahan plastik.


“Pembedahan plastik hanya perlu jika seseorang itu mengalami kecacatan yang serius pada wajah dan badan mereka sahaja,” ujarnya.

Tambah Kenova lagi, kedua-dua orang tuanya membesarkannya tidak ubah seperti seorang puteri dan mengawal setiap pergerakannya sehinggakan dia tidak merasai nikmat yang dirasai gadis seusianya.

Hal itu menjadikan Kenova berasa sedih dan hidupnya ibarat sebuah patung perhiasan di dalam cermin pameran.

Walau bagaimanapun, ketika usia menginjak 26 tahun, Kenova berharap dia dapat keluar dari rumahnya dan hidup berdikari tanpa dikelilingi pengawal atau pengiring.

“Ibu bapa saya telah mengurung saya di sebuah ‘istana kaca’ sepanjang hidup saya tetapi satu hari mudah-mudahan, saya akan dapat membebaskan diri dan hidup berdikari,” luahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori