Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki ‘Sibuk’ Selfie...

SEORANG remaja lelaki dari Amerika Syarika menerima kritikan hebat di laman sosial selepas...

Menteri Kencing Tepi Jalan...

MUMBAI - Seorang ahli politik India mendapat malu apabila rakaman video aksinya sedang...

Pelajar Patah 2 Kaki...

KOTA KINABALU - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort patah kedua-dua...

IMAMS Perlu Pastikan Kakitangan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) perlu dengan serta-merta memastikan...

Testimoni Pil Gugur Bayi Jadi Tular Dikecam Netizen

JIKA sebelum ini, masyarakat pernah digemparkan dengan isu penjualan pil gugur bayi menerusi talian yang cukup popular dalam kalangan wanita hamil terlanjur berzina bersama pasangan.

Isu tersebut malah mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2014 yang mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak pernah melantik ejen penjualan atas talian untuk produk tersebut.

Malah beliau memberi amaran mengenai risiko bahaya termasuk maut akibat penggunaan ubat yang dijual secara online tersebut kerana ia hanya diberi atas nasihat pengamal perubatan bertauliah dan bukan sebagai pil gugur.

Malangnya isu panas itu kembali ‘sejuk’ di sebalik MYNEWSHUB pernah mendedahkan kewujudan lambakan laman sosial tertentu mula aktif mempromosikan penjualan pelbagai jenis pil gugur pada November tahun lalu.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak malah platform maya itu turut menggalakkan gejala remaja tidak takut melakukan seks bebas kerana ada jaminan ubat khas yang mampu gugur janin jika termengandung!

Baca: Lambakan Pil Gugur Online Untuk Pasangan Terlanjur

janin3

Itu cerita tahun lalu dan awal tahun ini pula sebuah portal tempatan ada melaporkan keratan beberapa keping gambar menunjukkan ‘testimoni pil gugurkan anak’ yang kemudian menjadi tular menerusi laman sosial.

Foto berkenaan menunjukkan perbualan melalui applikasi popular Whatsapp antara beberapa pengguna yang dipercayai wanita apabila berhasil menggugurkan kandungan mereka dengan berkesan setelah memakan pil itu.

Ramai netizen yang agak berang dan kecewa setelah melihat rakaman perbualan serta gambar janin yang telah berjaya digugurkan akibat bayi dikandungkannya itu adalah anak luar nikah si wanita dengan teman lelakinya.

Ketika ada pasangan sudah beberapa tahun berkahwin berusaha bersungguh-sungguh cuba macam-macam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata, tindakan individu ‘subur’ itu mudah menggugurkan kandungan amat dikesali.

Mudah cerita, apabila nafsu telah menguasai diri, mereka lebih suka untuk melakukan seks bebas dan tanpa sedar sudah hamil. Rata-rata wanita terbabit mengambil langkah mudah menggugurkan kandungan bagi menutup aib.


janin1

Baca: Kes Jual Pil Gugur Di FB, Kenyataan Rasmi KP Kesihatan

Juga: Pil Gugur Kandungan Kini Dijual Secara Berleluasa Di FB

Perbualan ini dirakam seorang wanita apabila ada seorang wanita lain mendekati dirinya untuk jual pil gugur namun lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila ada gambar janin dikongsikan menunjukkan bayi kembar.

Malah, wanita yang telah berjaya menggugurkan bayi mereka dilihat cukup gembira berbangga dan berterima kasih pada si penjual pil gugur itu. Antara komen pengguna laman sosial dengan perbuatan kejam manusia seperti ini:

“Apabila dibiarkan syaitan laknatullah penuh dalam diri. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.”

“Tidak tahu hendak marah atau sedih. Semoga Allah beri hidayah kepada pelaku dan penjual pil ini.”

“Kalau nanti sudah berkahwin dan Allah tidak beri rezeki anak, semoga ingat semua perbuatan kau.”

Janin itu adalah satu nyawa dan bukan sekadar patung. Menggugurkan ia sama seperti bunuh satu nyawa manusia. Sepatutnya ditanam secara Islam iaitu dimandi, dikafan dan dikebumi dengan baik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori