Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Khas Di Negeri...

SEREMBAN - Operasi khas membabitkan beberapa agensi kerajaan diadakan bagi menyiasat pencemaran bau...

Awal Ashaari Kemalangan Ketika...

PENGACARA dan pelakon, Awal Ashaari dikhabarkan mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh raya...

Beregu Lelaki Raih Emas...

MANILA - Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama...

Nahas Lion Air: Indonesia...

JAKARTA - Penyiasat Indonesia berkata semalam, lebih banyak latihan diperlukan untuk juruterbang pesawat...

Thailand Lantik Rexy Mainaky Jadi Ketua Jurulatih Badminton

BANGKOK – Bekas jurulatih badminton Malaysia, Rexy Mainaky dilantik oleh Persatuan Badminton Thailand (BAT) sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaaan negara Gajah Putih itu.

Menurut BAT, Mainaky yang juga jaguh sukan Olimpik dan Dunia dilantik bagi merealisasikan impian Thailand untuk memenangi sebutir pingat Olimpik di dalam sukan badminton.

“Saya percaya dengan pengalaman beliau sebagai seorang pemain dan jurulatih, beliau akan mampu membantu kami memenangi sebutir pingat Olimpik,” kata Presiden BAT, Patama Leeswadtrakul di sini hari ini.

Warga Indonesia itu yang telah melatih pasukan England dan Filipina selain Malaysia, telah menandatangani kontrak setahun bersama BAT dengan pilihan untuk memperbaharui kontraknya setiap tahun sehingga 2020.

Patama berkata walaupun Mainaky adalah pakar beregu, pengetahuan dan pengalamannya adalah penting dalam memenangi impian negara itu meraih pingat Olimpik pertamanya dalam sukan itu.


Pakar beregu itu melatih pasukan Malaysia dari 2005 sehingga 2012, sebelum berpindah ke Filipina. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori