Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kadar Tayar Pneumatik, Motosikal...

PUTRAJAYA - Tayar pneumatik dan motosikal elektrik adalah barangan terbaru yang kadar cukainya...

Pertikai Dulu Pemimpin Islam...

KUALA LUMPUR - Pertikaikan dahulu ramai pemimpin negara umat Islam yang jauh lebih...

Aliran Trafik Sesak Mulai...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik mengalami kesesakan teruk...

Hujan, Ribut Petir Diramal...

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan...

Tiada Infestasi Tikus Dalam Pemanas Makanan 7-Eleven

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven meminta maaf kepada pelanggan berhubung isu kejadian tikus memasuki mesin pemanas makanannya di Kelana Centre Point, pada 2 Januari lalu.

Pihak 7-Eleven bagaimanapun menjelaskan, isu pencerobohan mamalia comel yang hangat diperkatakan itu sehingga menjadi tular adalah kejadian terpencil.

Baca: Tikus ‘Enjoy’ Makan Hot Dog Dalam Kedai 7-Elevan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman Facebook rasmi 7-Eleven, pihaknya juga telah mengadakan siasatan dalaman dengan Kementerian Kesihatan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting kepada kami dan kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit.

“Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi,” tulis kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan di kedai cawangan itu tidak menunjukkan sebarang infestasi tikus.

3bcd6a8b00000578-0-image-a-9_1483436548970-11


Pemeriksaan itu dijalankan selepas isu itu menjadi viral dan mencetuskan kebimbangan ramai.

Katanya, kementerian sedar tentang isu itu dan hasil siasatan menunjukkan bahawa kabinet kaca pemanas makanan itu ditutup rapat sepenuhnya.

“Kementerian memandang serius semua perkara berkaitan keselamatan makanan.

“Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan terdekat atau melayari laman web kementerian atau Facebook bagi mengakses Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika ada aduan mengenai keselamatan makanan,” katanya dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori