Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Remaja 15 Tahun Ini...

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100 meter di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah...

Umat Islam Malaysia Sambut...

KUALA LUMPUR- Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Ahad ini,...

Tokpa Positif Covid-19

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed...

82 Rakyat Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 82 rakyat Malaysia yang setakat ini dikenal pasti berada...

Tingkat Perdagangan Dengan Negara ASEAN Dan Asia

KOTA BHARU – Malaysia akan meningkatkan perdagangan dengan negara ASEAN dan Asia selepas pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 23 Jan lepas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata negara anggota ASEAN akan menjadi tumpuan utama perdagangan Malaysia, diikuti dengan China, Korea Selatan, Jepun serta India.

“Sepuluh negara ASEAN merupakan menjadi keutamaan kita. China dan negara-negara Timur Laut Asia seperti Jepun, Korea Selatan serta India juga penting.

“Setakat ini, China masih menjadi rakan dagangan kita yang terbesar. Ini bukan perkara baharu kerana kita selalu menjalinkan kerjasama dengan China,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan serta melawat masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Merican di sini, hari ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini bertindak menandatangani Arahan Eksekutif penarikan diri AS daripada TPPA pada Isnin (23 Jan) lepas, dengan alasan TPPA boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan di AS serta pengaliran keluar dana ke negara-negara lain TPPA.


TPPA yang dimeterai Malaysia dan 11 negara anggota lainnya pada 4 Feb, 2016, tidak boleh dilaksanakan tanpa penyertaan AS yang mewakili kira-kira 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 12 negara anggota berkenaan.

Di bawah perjanjian itu, sebanyak minimum enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan KDNK 12 negara berkenaan, perlu melakukan proses ratifikasi atau pengesahan sebelum dokumen itu dapat dikuat kuasakan.

TPPA dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, New Zealand, Jepun, Malaysia, Singapura, Mexico, Peru, AS dan Vietnam. – BERNAMA

Kategori