Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lokman Adam Didakwa Hina...

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam, 49, mengaku tidak...

Warga Politeknik PD Baik...

PORT DICKSON - Warga Politeknik Port Dickson (Politeknik PD) telah membaik pulih 44...

Kes Rasuah: Jurutera, Isteri...

PUTRAJAYA - Seorang jurutera syarikat minyak dan isterinya direman selama enam hari bagi...

Witthoeft Temu Pilihan Utama...

KUALA LUMPUR - Pemuda muda Carina Witthoeft dari Jerman dijangka menghadapi tugas getir...

Tipu Caruman KWSP: Gabungan Pemandu Lori Minta Siasat

KUALA LUMPUR – Gabungan Pemandu Lori hari ini mengesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyiasat beberapa syarikat pengangkutan yang didakwa mereka telah memanipulasi Akta KWSP bagi mengelak membayar caruman sebenar bagi pemandu lori.

Penyelaras gabungan Mohana Rani mendakwa majikan menukar istilah ‘komisen’ dengan istilah lain memandangkan komisen turut dikira sebagai upah dalam Akta KWSP.

“Ini mengakibatkan jumlah pembayaran caruman daripada syarikat juga menjadi rendah, sekali gus menjejaskan simpanan KWSP kami (pemandu lori),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Jabatan Penguatkuasaan KWSP, Hardial Singh Mitt Singh di Bangunan KWSP, di sini hari ini.

Gabungan itu berharap pihak KWSP menyiasat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dan seterusnya menghentikan penindasan majikan ke atas mereka.

Seorang pemandu lori, Katiravan Kaniasan, 37 berkata tindakan majikan itu akan menyebabkan mereka tidak mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi pada hari tua kelak.


“Kami bukan golongan yang senang, sekiranya pihak syarikat telah mengambil hak kami… bagaimana kami hendak sara keluarga nanti?

“Diharap pihak KWSP dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi kami ini,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Kategori