Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Besraya Beri Diskaun Tol...

KUALA LUMPUR - Pengurusan Besraya (M) Sdn. Bhd. (Besraya) akan memberi diskaun tol...

Banjir Lumpur Kali Kedua...

BENTONG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan akan berlaku...

Wanita Dipenjara Kerana Ancam...

Jeddah - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas...

Melaka United Terima Tajaan...

MELAKA - Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bakal menerima tajaan berjumlah RM5...

TLDM Selamatkan Nelayan Indonesia Terbakar Bot

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan empat awak-awak dan seorang tekong warga Indonesia yang terapung di laut kira-kira sejam selepas bot mereka terbakar kira-kira 20 batu nautika barat daya Tanjung Sauh, di perairan Selangor, semalam.

Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada TLDM, Kapten Azman Rabani berkata bot milik warga tempatan itu ditemukan sedang terbakar oleh Kapal Diraja (KD) Kinabalu yang menjalankan operasi di kawasan berhampiran pada kira-kira 4.50 petang.

Katanya anggota KD Kinabalu yang menyaksikan kebakaran tersebut telah membuat laporan kepada Pusat Operasi Armada sebelum memberikan bantuan pemadaman api dan menyelamatkan nelayan terbabit.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dalam insiden ini, tetapi bot terbabit terbakar dengan agak teruk sehingga tenggelam separuh,” katanya dalam sidang media di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Kinabalu Leftenan Komander Mohamed Hafez Mohamed Dali berkata pihaknya menyedari tentang kebakaran itu apabila melihat kepulan asap kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan kapal.

Katanya usaha memadam kebakaran mengambil masa selama hampir dua jam dan bot tersebut 70 peratus terbakar.

Sementara itu, tekong bot kelas C berkenaan, Tuah Ritoga, 24, berkata api marak terlalu pantas di atas bot menyebabkan dia dan empat rakan lain terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.


Katanya kebakaran dipercayai bermula dari bilik enjin apabila kepulan asap berkumpul di bilik itu sebelum mula marak di atas bot.

“Kami panik sehingga terus terjun ke laut tanpa sempat menyelamatkan barangan berharga dan terpaksa terapung selama satu jam sebelum diselamatkan.

“Kami tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana bot dalam keadaan baik dan ini kejadian pertama berlaku, namun bersyukur kami semua selamat,” katanya sambil berterima kasih kepada TLDM dan nelayan lain yang menyelamatkan mereka.

Sementara itu, pemilik bot berkenaan Chia Ching Guan berkata dia berasa lega apabila pasukan TLDM berjaya menyelamatkan pekerja botnya biarpun jumlah kerosakan bot mencecah lebih RM200,000.

“Saya menerima panggilan daripada rakan saya yang memaklumkan kejadian itu namun lega apabila diberitahu pasukan TLDM dalam usaha memberikan bantuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori