Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1MDB Lancar Proses Jualan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan...

MOSTI: Standard Baharu Pengujian...

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya membangunkan standard baharu pengujian...

Rela Dipecat Guru Daripada...

SEORANG guru tadika telah dipecat selepas dia enggan berhenti daripada menjadi pelakon filem...

Syatilla Akui Belum Sempat...

WALAUPUN sentiasa ditinggalkan suami, Syatilla Melvin tidak pernah merungut tuntutan kerja suaminya yang sibuk...

Trafik Penumpang Udara Dunia Naik Pada Nov 2016

KUALA LUMPUR – Trafik penumpang udara dunia pada November 2016 mencatatkan pertumbuhan permintaan yang paling kukuh dalam tempoh sembilan bulan berikutan jumlah hasil penumpang mengikut kilometer (RPK) meningkat 7.6 peratus.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam kenyataan di sini hari ini, kapasiti naik 6.5 peratus dan faktor muatan meningkat 0.8 mata peratusan kepada 78.9 peratus.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac, berkata permintaan yang kukuh bagi perjalanan udara menyokong peningkatan dalam kitaran ekonomi global.

“Memandangkan kesan daripada harga minyak rendah semakin merosot, pengukuhan kitaran ekonomi akan memainkan peranan penting dalam kadar pertumbuhan permintaan pada 2017,” katanya.

de Juniac berkata industri penerbangan terus mencatatkan keputusan yang kukuh.

“Penumpang mendapat manfaat daripada kejayaan industri. Perjalanan tidak pernah menjadi lebih mudah – dengan kadar tambang yang baik, banyak pilihan dan lebih banyak destinasi,” katanya.


Beliau berkata industri akan menyaksikan satu lagi tahun yang kukuh dari segi keuntungan bersama bagi syarikat penerbangan pada 2017.

“Bagaimanapun, industri perlu peka,” katanya.

IATA berkata permintaan penumpang antarabangsa pada November meningkat lapan peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas, dengan syarikat penerbangan di semua rantau menunjukkan pertumbuhan.

Bagi segmen ini, syarikat penerbangan Timur Tengah meningkat 12.2 peratus dari segi permintaan pada November, yang merupakan peningkatan tertinggi antara rantau, katanya.

Permintaan perjalanan domestik naik 7.1 peratus tahun ke tahun pada November 2016, bagaimanapun keputusan berbeza, dengan China, India dan Rusia menunjukkan pertumbuhan dua angka manakala permintaan merosot di Brazil dan Jepun, menurut IATA. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IATA

Kategori