Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lebih 91% Bicara...

PUTRAJAYA : Lebih 91 peratus daripada 1,283 kes perbicaraan rasuah di mahkamah berakhir...

Belum Sedia Bercinta Selepas...

PETALING JAYA - Penyanyi Amanda Imani belum bersedia untuk bercinta sejak putus hubungan...

238 Kes Baharu HFMD...

KANGAR: Perlis mencatatkan sebanyak 238 kes baharu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)...

PM Norway Bercuti Untuk...

OSLO - Perdana Menteri Norway, Erna Solberg, sanggup mengambil cuti daripada tugas rasmi...

Tuah Wajah Iras Che Ta, Tudung Usahawan Ini Laku

DEK kerana wajah mirip pelakon terkenal Rozita Che Wan, seorang usahawan wanita mengaku ‘tuah’ itu sedikit sebanyak telah membantu melariskan perniagaan tudungnya.

Bukan sahaja peniagaan tudungnya laku keras, tetapi Rosnizan Md Nawi, atau lebih mesra dipanggil Che Zan dapat merasai kehidupan bak selebriti apabila sering dikerumuni ‘peminat’ yang menyangkakan dia adalah Che Ta.

“Memang ada orang kata (macam muka Che Ta) dan keliru. Saya tidak pernah kata (begitu). Nanti orang ingat saya perasan pula.

“Tetapi mungkin kebetulan muka sama. Rezeki saya ada di situ. Orang kata, perniagaan Ilham Qaseh laris, alhamdulillah itu tempiaslah.

“Tumpang populariti tiadalah, sebab Che Ta itu siapa, saya ini biasa-biasa saja,” kata Che Zan.

Tuah Wajah Iras Che Ta, Tudung Usahawan Ini Laku

Tuah Wajah Iras Che Ta, Tudung Usahawan Ini Laku

Mengimbas kembali detik didekati’ peminat’ yang mengangkakan dia adalah Che Ta, pada majlis Anugerah Melodi bulan lalu, anak kelahirkan Kelantan ini mengakui berasa teruja.

“Ada orang hendak bersalam, terus bergambar. Ada juga yang tanya ‘muka macam Che Talah. Boleh tidak kalau hendak bergambar?


“Ada seorang lelaki ekori saya sehingga ke lif semata-mata hendak mengesahkan sama ada betul ke saya ini Che Ta. Takut juga masa itu.

“Nasiblah tiada apa-apa. Tapi walaupun lepas itu dia tahu tersalah orang, dia malu. Yang lagi kelakar, dia nak bergambar juga,” katanya.

Meskipun memiliki tuah wajah mirip Che Ta, ibu kepada tiga anak ini akui dia juga sudah berusaha keras selama tiga tahun untuk memajukan perniagaan tudungnya.

Malah, hingga kini dia sudah mempunyai lebih 300 pengedar di dalam dan luar Malaysia.

Sumber: Projek MMO

Kategori