Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Kristian Sokong Pelaksanaan...

HUKUM hudud itu hukum Allah, tiada siapa boleh menentang. Itulah kenyataan yang dipegang penyokong pelaksanaan...

PBM Selangor Sedia Jalani...

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) Selangor menjadi pihak terbaharu yang menyatakan...

Budak 12 Tahun Jadi...

SINGAPURA – Seorang budak lelaki yang mengalami kerosakan saraf otak dan lumpuh kekal...

Aceh Wajib Semua Pramugari...

JAKARTA - Semua pramugari mana-mana syarikat penerbangan yang mendarat di Banda Aceh, wajib...

Tukang Urut Wanita Thailand Dipenjara 7 Tahun Miliki Syabu

KUALA LUMPUR – Seorang tukang urut wanita warganegara Thailand dikenakan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis syabu seberat 110.4 gram tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap Jenjira Thawornpong, 27, dan memerintahkan wanita itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 4 April 2016.

Dalam keputusannya, Nordin berkata mahkamah mempertimbang beberapa perkara sebelum menjatuhkan hukuman termasuk faktor peribadi tertuduh yang mempunyai seorang anak selain ia adalah kesalahan pertama tertuduh.

“Setelah mempertimbang hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun bermula dari tarikh tangkap,” kata Nordin.

Wanita itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah itu di hadapan pos pengawal DHL Express beralamat Lot 662, Jalan 3, Off Jalan Chan Sow Lin Cheras, di sini pada 4.45 petang, 4 April 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagaimanapun, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh kedua, Chayuda Srisutham, 37, daripada pertuduhan sama kerana tiada bukti yang boleh mensabitkannya.


Wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah dan merupakan rakan Jenjira.

Terdahulu, peguam Zaleha Al-Hayat yang mewakili Jenjira memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan ibu tunggal yang menyara seorang anak lelaki berusia empat tahun.

“Tujuan tertuduh datang ke Malaysia adalah untuk bekerja, dia menjadi mangsa keadaan dan terperangkap dalam kes dadah. Sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman lebih lapan tahun, saya khuatir siapa yang akan menjaga anaknya dan keluarganya mengharapkan dia untuk menghantar wang,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira keseriusan dan kekerapan berlakunya kes jenayah dadah. – BERNAMA

Kategori