Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ujian Doping Sample B...

PETALING JAYA - Keputusan ujian doping sampel B ikon sukan negara bakal diketahui...

Lebuh Raya CSR, KBKK...

KOTA BHARU - Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya...

Ucapan ‘Bersemut’ Isteri Buat...

EWAHHH... Romantis sungguh permaisuri hati kepada penyanyi, Noh Salleh iaitu Mizz Nina apabila...

Bulan Ramadan Untuk Persiap...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat...

Tular Video Datuk Siti Salah Sebut Om Telolet Om

FENOMENA sebutan ‘Om Telolet Om’ di negara jiran, Indonesia memang sudah diketahui umum dan sedang menular keseluruh dunia.

‘Om’ dalam bahasa Indonesia bermaksud ‘pak cik’ dan ‘telolet‘ pula bermakna ‘hon’ sementara itu ungkapan ‘Om Telolet Om’ bermaksud ‘Pak cik bunyikan hon pak cik’.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah dijemput untuk menjadi juri dalam satu program realiti D’Academy Asia di negara seberang itu.

Program tersebut dihoskan oleh Rina Nose, Andika Pratama, Irfan Hakim, dan Ramzi.

Rina dan Ramzi meminta para pengulas dan juri mengucapkan ungkapan ‘Om Telolet Om’.

Tular Video Datuk Siti Salah Sebut Om Telolet Om

Tular Video Datuk Siti Salah Sebut Om Telolet Om
Zul 2 By 2

Bagi juri mahupun pengulas dari Indonesia, permintaan dua hos itu tiada masalah untuk menyebutnya dan yang menjadikan pentas itu gamat adalah apabila Datuk Siti diminta menyebutnya namun tersalah sebut menjadi ‘Om Telor Om’.


Para juri dan pengacara yang mendengar ungkapan itu ketawa terbahak-bahak sementara Datuk Siti menahan malu.

Selain Datuk Siti, salah seorang anggota 2 By 2 iaitu Zul yang turut menjadi juri jemputan dilihat ketawa sakan mendengar ungkapan Datuk Siti sebelum diminta oleh salah seorang pengacara untuk mengajarkan kepada Datuk Siti sebutan yang sebetulnya.

Video berkenaan telah tular menerusi media sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori