Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Didik Pelaburan Utama Pemacu...

SINTOK - Bidang pendidikan merupakan pelaburan terbesar kerajaan dalam memacu pembangunan negara pada...

Polis Buru Pelajar Kolej...

Padang Besar : Polis sedang mengesan seorang pelajar kolej swasta kerana disyaki terbabit...

Campak Mayat Kekasih Dalam...

LONDON - Seorang lelaki didapati bersalah membunuh kekasihnya yang juga penulis novel remaja...

Perkataan ‘Mangkuk’ Tambah Panas...

KUALA LUMPUR - Sekatan kehadiran Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat pada 2 Ogos...

Ultraman Sambut Murid Tahun Satu Di Batu Pahat

WAH! Semakin kreatif guru-guru di Malaysia yang tampil dengan cara tersendiri bagi menarik perhatian murid-murid tahun satu bagi memulakan sesi persekolahan 2017.

Menerusi laman sosial, gambar guru-guru berkenaan yang gigih menggunakan sut adiwira Ultraman itu dirakam ketika di hadapan pintu Sekolah Kebangsaan Sri Rengit, Batu Pahat, Johor pada awal pagi tadi.

Hebat bukan pengorbanan para guru berkenaan?

Siapa yang tak kenal Ultraman kan? Ultraman telah menjadi hero dan penawar duka kanak-kanak sejak dari zaman 60-an lagi. Semua orang sayangkan Ultraman.

Ia lantas menimbulkan pelbagai reaksi positif khususnya daripada golongan ibu-bapa yang turut teruja dengan kehadiran Ultraman ketika menghantar anak ke sekolah.

Walaupun nampak kecil, usaha murni ini sememangnya wajar diberi pujian kerana ia mampu memberikan semangat kepada murid-murid yang gementar dan tidak biasa pada hari pertama persekolahan.


Ultraman Sambut Murid Tahun Satu Di Batu Pahat Ultraman Sambut Murid Tahun Satu Di Batu Pahat otomen4

Apa pun, pastinya murid-murid menjadi lebih bersemangat di sekolah apabila mengetahui Ultraman Taro dan Leo sedang gigih mengawal pintu masuk daripada raksaksa-raksaksa jahat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori