Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Agong Kini Guna...

PETALING JAYA - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menggunakan...

Henti Jualan Peranti ‘Headphone...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin mengarahkan pihak syarikat yang mengedar...

6 Disember Sebutan Kes...

GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Disember depan...

Kuil Hindu Lebih Banyak...

POLEMIK dibangkitkan Menteri Perpaduan, Senator P. Waytha Moorthy konon minoriti India beragama Hindu ditindas...

Umat Islam Harus Tahu Kendalikan Perbezaan

PHANG NGA (Selatan Thailand) – Umat Islam harus tahu cara untuk mengendalikan perbezaan di antara mereka dan memanfaatkan kepelbagaian yang ada, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah kesatuan umat Islam bukanlah berdasarkan warna kulit, bahasa, latar sosial, negara atau keturunan tetapi berasaskan lafaz kalimah syahadah iaitu akidah yang satu.

“Umat Islam tetap terikat dengan kalimah syahadah walaupun berbeza latar pendidikan, budaya, kefahaman selain terpisah dari segi geografi, politik dan sosial.

“Pergolakan dunia hari ini mengakibatkan umat Islam kadangkala menjadi mangsa sehingga ada yang ditindas. Oleh itu peganglah pada tali Allah supaya hubungan persaudaraan Islam bertambah kukuh,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan seminar ‘Ummatan Wahidah’ yang disertai kira-kira 300 peserta dari enam Wilayah Andaman di Selatan Thailand di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Tuanku Syed Faizuddin bertitah program Ziarah Mahabbah ke Wilayah Andaman kali ini memfokuskan kepada Ummatan Wahidatan bermaksud umat yang bersatu dari segi akidah, hubungan persaudaraan Islam, prinsip, sikap dan tindakan.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah MAIPs sentiasa berusaha mencari ruang untuk kerjasama dalam bidang bersesuaian antara dua negara.

“Kita berkewajipan bekerjasama mengangkat keagungan, membersihkan nama serta imej Islam daripada terus dikaitkan dengan keburukan, keganasan dan kemunduran.

“Saya amat berharap agar hubungan ini dapat membantu memajukan umat Islam di Malaysia dan Thailand dalam pelbagai sektor terutama pendidikan dan ekonomi supaya Islam dipandang tinggi oleh umat manusia,” tambah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori