Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Pharmaniaga Jamin Bekalan...

SHAH ALAM - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memberi jaminan bekalan ubat-ubat ke semua hospital...

Gambar Biri-Biri Ala-Ala Pelangi...

Wah, luar biasa betul idea jurugambar dari Los Angeles, Grey Malin ini menjayakan...

Bapa Rayu Derma Darah...

TAGIH SIMPATI... Kasih seorang bapa sanggup berbuat apa sahaja demi anak kecilnya. Begitulah...

Sewa Tapak Bazar Ramadan...

SEDAR tak sedar, kurang dari sebulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.Ramadan bukan sahaja...

PRU14: UMNO Kedah Janji Pertahankan Kemenangan

BALING – UMNO Kedah berjanji akan memastikan negeri itu kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau akan memastikan seluruh jentera bekerja lebih keras demi memastikan kemenangan BN pada PRU itu.

“Rakyat Kedah terdiri daripada pelbagai bangsa dan gandingan perpaduan ini harus kita tingkatkan. Dalam PRU nanti, kita akan pertahankan kerajaan negeri Kedah dan juga kerajaan persekutuan,” katanya berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat, di sini hari ini.

Menteri Besar Kedah itu berkata nikmat yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu walaupun ada pihak yang menafikannya demi kepentingan peribadi.

“Parti lain mahu melihat UMNO tewas, kita harus berhati-hati dan memikirkan masa depan, jangan ambil fitnah yang ditabur,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin semua empat kerusi dewan undangan negeri dalam Parlimen Baling akan dimenangi BN dalam PRU akan datang.

“Kita yakin Kedah akan menang besar bahkan UMNO-BN diyakini menang 4-0 di Baling, dan kami sudah bersedia menghadapi PRU,” kata Anggota Parlimen Baling itu semasa berucap pada majlis sama.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata masyarakat di Baling tidak memerlukan bangunan pencakar langit sebaliknya mahu kebajikan mereka dijaga memandangkan kebanyakan rakyat Baling merupakan penoreh getah.

“Dulu harga getah jatuh, tetapi selepas Perdana Menteri menandatangani perjanjian semasa lawatannya ke China, harga getah kembali naik.


“Rakyat Baling tidak minta bangunan pencakar langit, apabila harga getah dan kelapa sawit naik, kami cukup berterima kasih,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata pembinaan masjid di Kuala Ketil akan siap dalam tempoh setahun lagi manakala majlis pecah tanah projek Hospital Pakar Baling bernilai RM113 juta, dijangka bermula Mei ini.

“Kita cuma harap agar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dapat dinaikkan sebagai universiti penuh, dan kita juga mahu agar cadangan menubuhkan UiTM di Baling suatu ketika dahulu, dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata susulan program Transformasi Nasional 50 yang mula dilaksanakan, tiga bas disediakan untuk membawa anak-anak Baling yang tiada kenderaan ke sekolah secara percuma.

“Bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak, kita turut membuat perjanjian dengan pengusaha bas, beri subsidi untuk mereka hantar anak-anak ke sekolah.

“Kita turut memberikan bantuan menerusi Majlis Guru Besar dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru di 69 buah sekolah di Baling termasuk sekolah Cina dan Tamil, bagi menyediakan sarapan kepada murid-murid kurang berkemampuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori