Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Selebriti Media...

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang selebriti media sosial...

PRU14: Azwan Ali Bertanding...

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin dirasai apabila parti-parti politik mula menamakan...

SPRM Tahan Profesor Kes...

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah di sebuah...

BN Kesal DUN Tolak...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi...

UniKL Tidak Berhasrat Iktiraf Sijil UEC – Ismail Sabri

BERA – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berhasrat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke universiti itu setakat ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana sijil itu tidak selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata walaupun UniKL sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) namun ia milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sehingga kini masih mematuhi falsafah pendidikan negara.

“Biarpun Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan kebenaran IPTS mengambil pelajar berdasarkan sijil UEC pada 2004, tetapi itu bukan bermakna kita (MARA) mesti ikut, kita ada pilihan yang mana sehingga kini tidak akan membuka pengambilan pelajar berdasarkan sijil tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Jalinan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bera di sini, hari ini.

Semalam Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa menyatakan UniKL mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat kemasukan untuk belajar di universiti itu.


Ismail Sabri berkata bagaimanapun pelajar bukan Bumiputera dan dari negara luar boleh memohon masuk ke UniKL berdasarkan kelayakan sijil yang diiktiraf kerajaan bagi syarat kemasukan ke IPTA seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk peringkat diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi ijazah atau setaraf dengannya seperti A Level.

“UniKL sebuah IPTS yang ditubuh pada tahun 2002 dan dimiliki sepenuhnya oleh MARA… tawar program yang mendapat pengiktirafan daripada badan-badan akreditasi dan profesional. Syarat kemasukan tertakluk oleh keperluan badan-badan tersebut dan sijil UEC tidak menjadi sebahagian syarat kemasukan ke UniKL,” katanya.

Sijil UEC merupakan peperiksaan yang dikendalikan badan persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina. – BERNAMA

Kategori